Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 5, 2014

Selamat hari lahir 2014




Sempena hari lahir saya pada 29 April 2014 nan lalu, saya hadiahkan seutas jam tangan kepada diri sendiri. Ianya sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri. Jam tersebut berjenama Alain Delon. (Lihat gambar)

Ini jam Alain Delon kedua yang saya miliki, jam pertama agak rugged sedikit. Jam terbaru ini fesen Mat Pejabat, tidak berlebihan atau menonjol.




 
Sebelumnya, saya pernah tergilakan seutas jam tangan CK, Calvin Klein yang dipamirkan di East Cost Mall. Harga jam tersebut mencecah beribu ringgit. Saya mencuba pakainya di tangan saya. Nampak elok sangat di tangan saya. Macam elegent gitu... Nampak bahagia... Nampak sempurna.

Sebenarnya saya mahu sangat jam tersebut sebab saya tidak pernah ada memiliki seutas jam tangan yang berharga ribuan ringgit. Walaupun koleksi jam saya telah mencecah ribuan ringgit tetapi tidak ada seutaspun berharga ribuan ringgit. Semuanya murah-murah sahaja.
 
Sedih melihat juru jual yang tidak berapa cantik itu masaukan kembali jam tersebut ke dalam almari kaca. Seolah separuh hati saya terkunci sama dalam almari kaca tersebut. Jurujual tersebut tidak menunjukan riak hampa saya tidak membeli jam tersebut. Mungkin dia sudah menduganya.

Sambil itu alangkah elok kalau juru-jual itu diet sedikit sebab ia akan memberi nilai tambah kepada pesona dalam menjayakan memasarkan barangan yang hendak dijual. Juru jual itu kelihatan berisi.
 
Saya cekalkan hati sebab saya sedar saya tidak akan mampu. Mati hidup balik pun saya tidak layak pakai yang mahal. Begitu juga dengan barang-barang lain di sekeliling saya.

Semasa kawan saya menunjukan jamnya yang berharga ribuan ringgit, saya hanya telan air liur sahaja. Cantik sangat jamnya.

Saya berharap suatu hari nanti ada orang yang hadiahkan jam tangan herga beribu ringgit pada saya. Dia hanya perlu hadiahkan jam tersebut sahaja, dia tidak perlu sangat sayang kepada saya... Dia boleh curang atau tinggalkan saya bila-bila masa... Saya mahu jam tersebut saja...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home