Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, June 12, 2014

Adat orang tidak berkawin bila berhadapan dengan reunion




"Saya sibuk, saya jarang balik kampung...Susah nak dapatkan cuti bila semester bermula... Kirim salam kat kawan-kawan" Itulah alasan tegar saya apabila terdengar ada ala-ala reunion akan diadakan oleh kawan-kawan.

Di FB pun saya terus tidak menyampuk apabila kawan-kawan nak diadakan reunion. Memang saya tidak akan pergi... Saya memang tidak pernah menghadirinya.
 
Saya bukan anti reunion, malah saya menyokongnya. Bagus berjumpa kawan-kawan lama untuk eratkan hubungan. Saya mahu juga berjumpa kawan-kawan yang saya lihat di FB sudah selebar pintu di FB. Yang dulu cantik sudah jadi sebaliknya, he he he. Namun keadaan tidak mengizinkan saya. Mungkin hal sebegitu bukan untuk saya kot selagi masyarakat tidak berubah.

Saya pernah dipujuk oleh kawan saya untuk menghadiri reunion tetapi saya menolak dengan baik. Saya harap dia tidak berkecil hati.

Saya kian menjadi lebih sensitive, sebab itulah saya lebih suka berkumpul dengan kawan-kawan yang selesa. Yang tidak bertanyakan status saya.

Saya manusia biasa... Saya ada hak untuk tidak ber`reunion'.
 
 

2 comments:

aima said...

bila nak reunion dengan geng smtm kat kuantan?....bunyi macam ramai je geng abg jan sini, aima tupang celoh, makan free...kheee
/

Jankaulu said...

he he he, ramai juga tu...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home