Semalam saya ke Tunas Manja semata-mata ingin membeli garam halus. Semasa beratur panjang menuju kaunter pembayaran, saya terpandang rak yang dipenuhi oleh pelbagai jenis coklat Cabury. Saya mengelamun sekejap...
Isu Cabury adalah isu penting bagi umat islam. Saya percaya sejahil mana umat islam mereka tidak mahu makan babi secara sengaja atau tidak sengaja. Walaupun mereka tidak sembahyang, tidak puasa, tidak keluar zakat, minum arak atau manusia jenis tidak menutup aurat, mereka tetap tidak sesekali menerima babi sebagai makanan.
Isu babi berbalam dengan serapan budaya Melayu-Islam. Mereka (orang Melayu) memandang babi bukan sahaja haram dari segi agama tetapi terlampau jijik dan hina.
Sekarang saya dapati ada kawan-kawan saya yang memang sudah tidak dapat lagi menerima `kehadiran' Cabury dalam hidup mereka. Mereka bercerai talak tiga. Mereka mempunyai alasan yang saya tidak mahu huraikan... Hati mereka telah `patah' hati.
Namun disebalik isu ini ada juga impak positif. Saya dapati kawan-kawan saya lebih peka terhadap apa barang makanan yang mereka beli. Termasuk barang makanan untuk anak-anak mereka. Ngeri apabila melihat anak-anak kita makan cekedis kan? Dan sekarang pelbagai cekedis melimpah di pasaran.
Setakat tanda logo halah, ia boleh dipalsukan. Dan atas alas an inilah ada kawan-kawan saya yang was-was terus menolaknya. Masyarakat kian peka. Malah baru-baru ini ketika saya mengoreng mee hun, ada juga kawan-kawan mahu tahu saya guna cap apa.
Alhamdulilah kepekaan ini muncul setelah mereka `pekak' suatu waktu dulu. Sebenarnya banyak lagi barang makanan yang dibuat oleh bumiputra islam (bumiputra tak semestinya islam). Makanan seperti pelbagai sos juga perlu diberi perhatian. Semakin dunia menuju kemodenan, seharuslah kita semakin khuatir dengan apa yang kita telan...
Sekian.
No comments:
Post a Comment