Semester sudah memasuki minggu ke empat. Saya semakin sibuk. Dan kesibukan itu adalah rutin hidup saya seorang yang bergelar pensyarah... Saya dibayar gaji untuk sibuk. He he he.
Minggu hadapan puasa. Jadi hari sabtu dan ahad terakhir sebelum ramadhan saya bercadang mahu ke Bandar Kuantan untuk berjalan-jalan keliling bandar. Saya suka melihat kedai-kedai. Saya suka ke Megamall dan apa saja tempat membeli belah.
Saya taklah membeli belah pun. Saja jalan-jalan.
Berjalan jalan seorang diri merentasi kehidupan di dunia ini sudah menjadi kebiasaan bagi saya...(sila baca dengan nada berbaur sedih, he he he).
Berjalan-jalan merupakan salah satu aktiviti yang saya lakukan, yang sangat menyeronokan saya. Ya lah tak kanlah saya 24 jam mahu membaca buku dan majalah...dan berkebun.
Minggu terakhir ini juga saya sudah tidak perlu menguruskan taman saya. Minggu lepas saya sudah uruskan dengan tekun. Sampai nak patah pinggang saya berkebun. Jadi di bulan puasa nanti saya rehat sahaja. Berkebun mungkin secara minima...
Beberapa minggu ini antara perkataan yang kerap muncul di mulut dan fikiran saya ialah `Kayangan'. Saya terbawa-bawa sehinggakan dalam tak sedar saya menyebut perkataan `kayangan' dengan penuh dramatik sekali. Ketika itu saya sedang memandu...
Delusikah saya?
Saya selalu bersikap positif. Sekurangnya saya mencuba. Saya bayangkan bahawa saya seorang kekasih dari kayangan yang tidak dihargai oleh manusia yang saya cintai. Manusia yang saya telah banyak berkorban. Maknanya saya rela meninggalkan dunia kayangan kerana rasa cinta. Turun menetap di bumi yang penuh dengan kesukaran dan kelemahan.
Namun subjek manusia itu sering menarik hati saya...
Tetapi dalam satu badan manusia itu ada seketul hati. Hati inilah yang akhirnya tidak menjadi bersih. Tamak, bodoh dan tidak setia. Rupanya kesetiaan tiada dalam kamus hidup manusia. Sudah hampir 450 tahun saya tinggal di bumi... saya tahu benar...
Mungkin manusia itu satu mahkluk yang tidak boleh dicintai kerana ia akan membawa risiko yang besar. Tetapi bila saya memikirkannya semula itulah beza antara bumi dan tempat tinggal asal saya. Kayangan.
Saya turun ke bumi kerana cinta. Terlalu indah sebuah percintaan. Buktinya saya merana dan merindui. Kalau saya kembali semula ke kayangan, saya akan terangkan di sana bagaimana saya boleh memiliki rasa cinta dan benci sekaligus. Aneh sungguh dunia.
Namun saya percaya mahkluk kayangan yang paling pintar pun tidak mampu memahaminya.
Saya juga akan menerangakan bahawa adakalanya kita tetap setia pada orang yang mencurangi kita... Tentu masyarakat kayangan akan mengatakan saya gila. Dan sebenarnya langkah saya untuk tinggal menetap di bumi kerana rasa kasih terhadap manusia itu pun sudah cukup gila bagi mereka...
Tetapi hakikatnya saya tidak dapat kembali kekayangan... Hakikat itu pahit namun saya redha.
Kerana rasa cinta yang pernah tumbuh ini membuatkan saya lupa di mana kepak saya berada... Rasa bahagia disayangi itu membuatkan ingatan terhadap kepak itu terhapus...
No comments:
Post a Comment