"Saya nak tiga ekor ayam kecil, kerat 16. Saya tak mahu kaki dan pedal..." Saya memberitahu jurujual ayam tersebut. Saya tercegat di depan penjual ayam tersebut sambil tersenyum memaniskan muka.
Dengan senyuman yang manis saya juga buat-buat tanya berapa RM sekilo? Bukannya saya tidak mampu tetapi alangkah elok bertanya supaya ada komunikasi antara insan. Saya sulami pertanyaan dengan senyuman. Saya harap penjual ayam tersebut tidak salah sangka, saya mahu membeli ayam, bukan menjual diri.

Setelah membayar RM42, saya melenggang ke kedai di hadapan untuk membeli santan pula.
"Saya nak santan sekilo" Sekali lagi saya tersenyum. Bukannya kerana saya nak dia tambah santan melebihi sekilo (saya mampu) tetapi alangkah manisnya kalau semua tersenyum. Penjual tersebut tidak tersenyum. Pelik.
Tetapi tidaklah pula saya mengharap senyuman saya dibalas...
Saya sudah beri beras RM30, dan juga rempah ratus dan barang mentah yang lain sebanyak RM50. Barang mentah tersebut juga meliputi bahan membuat agar-agar santan bermilo.
Saya memang mahu membuat sedikit jamuan kerana meraikan kenaikan gred saya. Sebenarnya saya malu kerana setelah sekian lama, barulah saya naik gred. Semuannya salah saya. Saya tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan. Mungkin saya tidak mempunyai rancangan kerjaya yang mantap dan mengejar pangkat dan segalanya.
Mungkin saya rasa saya sudah selesa, mungkin saya sudah patah hati dan tidak bermotivasi dan mungkin juga ada keperluan lain yang saya terlebih dahulu harus penuhi sebagai manusia bernama anak, abang dan pak saudara.
Saya harus menunaikan janji saya pada diri saya. Majlis yang kecil ini juga dikongsi oleh dua orang rakan yang lain.
Saya rasa lega majlis ringkas ini selesai dengan baik. Majlis saya sangat ringkas, tiada ucapan atau doa yang syahdu. Jemputan tidak ada kerja silalah ke pantry untuk menjamu selera.
Selepas sembahyang jumaat saya sendirian menyiapkan barang-barang untuk di angkat ke kereta. Saya pakir kereta di belakang bangunan. Saya melihat banyak bunga berterbangan seperti dalam filem korea. Dalam kesendirian tersebut saya terasa sayu...
Sukar untuk saya terangkan di sini. Maka saya rasa tidak perlulah diterangkan. Saya tidak mahu memaksa diri.
Adakalanya saya tidak faham, nampaknya hanya tuhan yang tahu... Dan saya tidak perlu menangis...memang musim cinta itu telah berlalu. yang ada hanyalah kenangan.
Semoga yang manis-manis sahaja terpahat...

Semua gambar bunga adalah milik Puan Maimon |
Sukar untuk saya terangkan di sini. Maka saya rasa tidak perlulah diterangkan. Saya tidak mahu memaksa diri.
Adakalanya saya tidak faham, nampaknya hanya tuhan yang tahu... Dan saya tidak perlu menangis...memang musim cinta itu telah berlalu. yang ada hanyalah kenangan.
Semoga yang manis-manis sahaja terpahat...
4 comments:
salam sir.
Alhamdunillah, tahniah atas kenaikan pangkat sir! keke
Alamak, cantek gila bunga2 kat uniten sir!! saya dah abes bru nmpak cantek nya bunga sana..hik3.
btw, tahniah sir! ^^
Salam abang jan, tahniah atas kenaikan gred.
Dalam hidup ni kita sentiasa ada pilihan sama ada nak rasa gembira atau bersedih. But pls choose to bergembira....
Btw abang jan buat masak apa ayam tuh?
Kot golek-golek kat hamparan bunga tuh dan tangkap gambar or pukul gambar mesti cun kan? ekekkekekek..
terima kasih...
Bukan saya yg masak, he he he. Jiran saya yg berpangkat mak di sebelah rumah saya dari kg datang bertandang dgn mak saya...
Tahniah en sukiman. Smoga sukses selalu.
Post a Comment