Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, April 15, 2014

DPL: Hobi adalah terapi...

"Banyak perkara-perkara kecil yang begitu menarik sekali untuk kita nikmati. Tapi kita buta..."

- Abang Jan


PADA HUJUNG minggu lalu saya tetap memandu ke Kuantan. Sakit kaki yang dialami tidak menghalang saya untuk pergi jenguk rumah di Kuantan. Saya perlu berkebun untuk minda dan fizikal. Lagipun rasa membazir bayar rumah setiap bulan tetapi biarkan gitu jea.
 
Saya dapati pokok manggis sudah keluar tunas kecil yang akan berpucuk seminggu lagi. Cuaca kering tentu akan menjadikan pucuk bertukar menjadi hanya daun-daun yang kecil. Saya juga diberitahu ayah sebelum ini kalau terlalu kering pokok akan terbantut tumbesarannya. Pokok bakung juga berbunga, cuma warna daunnya tak hijau pekat.

Pokok Bakung
 
Saya kira saya antara insan yang bertuah kerana ada perkara atau hobi yang perlu di buat pada hujung minggu. Saya tidak pernah bosan apabila berada di rumah, ada sahaja usaha untuk mengemaskan barang-barang dan berkebun. Saya tidak percaya jika ada orang kata bosan duduk di rumah. Hakikatnya banyak kerja yang hendak dibuat. Percayalah. lainlah kalau kita malas...
 
Dan semua perbuatan itu saya suka. Namun terkeluar juga keluhan dan rungutan dalam hati kerana kaki saya sebenarnya masih sakit. Rungutan tersebut dapat saya kurangkan apabila membayangkan dalam lima tahun lagi rumah saya akan redup dan sebahagiannya seperti berada di dalam hutan.

Saya harap kehadiran pokok-pokok ini akan membuatkan haba di sekitar rumah tidaklah terlalu panas. saya tidak boleh membina rumah di dalam tanam, jadi saya bawa taman indah ke rumah saya secara perlahang-lahan.
 
Saya cuba menelefon tukang mesen rumput saya. Sekarang saya sudah mempunyai tukang mesen rumput terbaik, yang dulu ada yang tak ada gigi.

Tukang mesen rumput saya pandai mesen rumput. Kadang-kadang saya suruh dia `layang' je, kadang-kadang potong rapat. Saya siap berikan dia sos, kerepok, manisan dan lain-lain lagi sebagai hadiah, asing daripada upah. Dia selalu tersengeh sahaja dan kelihatan malu kepada saya. Entah mengapa saya tak tahu, atau dia malu tengok saya berseluar amat pendek hingga mendedahkan aurat?
 
Saya hampa sebab tukang mesen rumput tersebut terpaksa ke majlis kenduri kawin. Saya hairan kenapa dalam banyak-banyak hari pilih hari sabtu untuk kawin. Ada enam hari lagi dalam seminggu.
 
Pokok Bakung II 


Berkebun memenatkan tetapi seperti memancing, prosesnya membuatkan fikiran kita tenang dan lupa kepada masalah dunia. Saya tidak dapat ceritakan semuanya bagaimana hati saya gembira apabila melihat bunga berkembang. banyak perkara-perkara kecil yang menarik dan boleh dinikmati di sekeliling kita. Tapi kita buta, kan?

Dulu kehidupan saya sangat pantas sehingga kadang-kadang tidak sempat menutup ubat gigi. Tetapi sekarang saya cuba melihat keindahan yang ada di sekeliling saya.

Saya berterima kasih kepada diri saya...penglihatan saya semakin pulih.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home