Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, April 19, 2014

DPL: Duhai hati...: 2

Semalam saya terjaga dari tidur. Mimpi saya sedih, saya dapati ada air jernih di pipi... Saya mencapai Lenovo saya, sudah pukul 3 pagi. Rupanya.

Terjaga dari tidur dengan linangan air mata tidak asing bagi saya... Saya sudah tidak tahu macam mana sebuah tidur yang lena...

Rupanya hati saya masih membrontak, ia tidak sepositif saya yang mahu sangat-sangat meninggalkan segalanya dan mulakan hidup baru.

Saya sudah letih, lesu dan bosan... Namun hati saya masih tidak mahu berganjak. Maka sebab itulah dia mungkin  dia bermaharaja lela dalam saya tidak sedar, dalam tidur. Dalam saya separa sedar rupanya hati saya menguasai minda saya.

Sebenarnya telah hampir empat bulan saya cuba menahan rasa sedih. Saya mahu jadikan tahun 2014 menjadi tahun cinta saya. Saya tidak mahu bersedih lagi. Saya cuba sedaya upaya menerima kenyataan apa yang berlaku adalah ketentuan. Kepahitan akan mendewasakan...

Dan tidak ada orang yang boleh ubati saya kecuali saya.

Malah ketika memandu seorang diri ke Kuantan juga saya tidak lagi menitiskan air mata walaupun sedih gila. Walau terdengar lagu lara... Walaupun syahdu. Walaupun tiada sehari saya tidak mengenangkannya. Saya ingin jadi seorang yang kuat dan membesar bagai johan seperti Milo.

Duhai hati kenapa kamu tidak mahu membantu aku?

Bukan aku sahaja kehilangan dia. Dia juga kehilangan aku. Dia kehilangan seorang yang baik hati, penyayang dan pengasih. Dia hilang orang yang telah banyak berkorban untuk dia, seorang yang boleh buat kek buah dan masak tom yam yang sedap. Yang pandai menari apabila bersendirian. Yang suka pasu dan tanam pokok-pokok, Yang berkemahiran menanggalkan baju sambil berjalan.Yang hanya pandai tersenyum bila sengsara. Dan yang paling meyedihkannya ialah dia kehilangan orang yang paling menyayanginya...

Ya, dia juga kehilangan saya...

2 comments:

Vivacious O'light said...

Bersendirian memberi ruang mengenal diri dan orang lain. Tapi, terlalu lama bersendirian juga membuat kita lupa siapa kita dan siapa orang lain pada kita.
Bercinta membuat kehidupan lebih hidup. Hidup lebih indah dengan cinta.

Adie Achim said...

Dia kehilangan seorang yang baik hati, penyayang dan pengasih. Dia hilang orang yang telah banyak berkorban untuk dia, seorang yang boleh buat kek buah dan masak tom yam yang sedap. Yang pandai menari apabila bersendirian. Yang suka pasu dan tanam pokok-pokok, Yang berkemahiran menanggalkan baju sambil berjalan.Yang hanya pandai tersenyum bila sengsara.

Like!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home