Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, April 10, 2014

DPL: Saya akan peluk dia erat-erat untuk beri ketabahan hidup.

Sekarang saya tidaklah pula berada pada kedudukan paling kuat untuk menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan. Sebagai insan biasa, cubaan pada masa hadapan tidak dapat saya ramalkan, jangkakan.  Saya cuma dapat berharap saya akan tabah dan selalu bertenang diri.
 
Dalam banyak keadaan tidak akan ada orang mampu menolong diri kita, kecuali diri kita. Percayalah. 
 
Saya percaya bukan saya sahaja yang rasa teraniaya. Anehnya saya menyedari orang lain ada yang tidak bahagia pada saat-saat saya hilang bahagia. Maksud saya pada satu tahap saya sudah agak ke arah stabil. Bukan masa saya meraung di tengah jalan, marahkan tuhan.
 
Bila diingat kembali kehidupan saya pada masa itu, ianya amat teruk. Sehinggakan emak saya terpaksa berulang alik ke Muadzam menjaga saya. Saya menyusahkan banyak orang lain yang sayangi saya... Saya sepatutnya berdepan dengan lebih matang. Kini saya malu pada diri.
 
Lagipun sayalah yang bersalah kerana perasan atas apa yang telah saya lalui iaitu kononnya tuhan telah berikan saya seorang manusia yang jujur, bla-bla -bala. He he he. Rupanya satu ujian lagi...
 
Jauh di sudut hati saya, saya tetap merasa sedih bila mengenangkan hari itu. Pada hari itu di tepi jalan saya basah kuyup meraung-raung macam orang hilang akal. Macam dalam drama-drama swasta. Pada masa tersebut saya memang sudah hilang akal... barangkali akibat kepayahan yang tidak tertanggung. Di dalam hujan itu, di tepi jalan saya rasa saya sahaja tinggal di planet bumi ini. Saya rasa amat hina. (walaupun sebenarnya orang yang menjahanamkan saya itulah yang hina).
 
Saya masih ingat lagi di dalam hujan lebat itu saya bersumpah sambil airmata saya menitis laju bersama pilu-pilu, bersama hujan. Saya bersumpah "Demi allah dan sekalian rasull, dia akan merindui saya sepanjang hayat!"
 
Selepas itu saya terus menangis-menangis sehingga badan saya ketar kesejukan...
 
Kalau saya boleh berada lagi di tempat tersebut (kalaulah ada `mesen masa', saya akan ke sana semula). Saya akan peluk saya (saya pada masa tersebut) kuat-kuat supaya saya (saya pada masa tersebut) tabah dan percaya masih ada orang sayangkan saya (saya pada masa tersebut).
 
Orang itu yang sangat sayangi saya (saya pada masa tersebut)...sayalah!
 
Taraaa.....
 
 

3 comments:

Adie Achim said...

Saya juga ada kisah 'hujan'. Sebenarnya menangis dalam hujan adalah yang terbaik. Kita akan merasa betul2 syahdu, rasa macam dalam drama, rasa macam dirahmati & rasa macam dibasuh dari kekotoran.

p.s: Klu anda malu utk menangis, maka menangislah dlm hujan. Kerana tidak ada org yg akan perasan anda sedang menangis.

Jankaulu said...

hujan turun bersama pilu-pilu...Adie...

Vivacious O'light said...

Sy kdg2 trjebak juga dlm babak menangis dlm hujan, dan menangis smbil memandu. Tp bahaya sbnrnya menangis sambil memandu kerana pglihatan jadi sdikit kabur.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home