Salina Ishak |
Saya seronok bila berada dengannya. Saya tidak puas berkawan dan bercakap dengannya. Bercakap dengannya buat saya rasa gembira. Contohnya, ada sahaja barang yang kami perlu beli, he he he.
Pernah masa belajar di sekolah menengah dulu apabila balik daripada membeli belah di Bandar Jerteh, kami terpaksa menyuruh pemandu teksi tunggu sekejap di hadapan rumah kerana kami mahu mintak duit tambang teksi dari mak. Bila mak tanya kenapa tiada duit, jawapannya "Duit telah dihabiskan semuanya untuk membeli..."
Kalau mak tak balik lagi dari kerja, kami akan ke klinik mencari mak dengan pemandu teksi tersebut. Kalau mak tak ada di klinik out station/ kerja luar, kami mintak duit dari kawan mak, he he he. Kami tahu bagaimana nak urus duit.
Dalam keluarga kami, kami berdualah yang paling pandai membeli, tetapi tidak boleh lawan mak saya, maklah juara. Mungkin apa yang kami alami adalah akibat mewarisi gen emak kami, he he he. Lawak.
Dia juga memiliki kulit muka paling cantik dalam keluarga kami...
Adik perempuan saya ini adalah adik bongsu saya. Namun dia tidaklah kelihatan tua mungkin antara sebabnya dalam kebanyakan hidupnya pukul 10 malam dia akan tidur. Namun kalau saya datang mungkin lewat tidurnya kerana kami seronok mengumpat.
Hari ini ketika sedang saya pening sibuk memeriksa kertas jawapan pelajar peperiksaan akhir, saya menerima panggilan daripada adik saya. Adik perempuan saya beritahu dia akan buat master tidak berapa lama lagi. Saya gembira dan kagum. Dan dalam masa yang sama juga takut dan bimbang!
Saya gembira kerana dia cita-cita hendak belajar, kebanyakan perempuan lain yang berumur 40 tahun, ada anak-anak dan suami tentu sibuk. Alasan ini sudah cukup untuk kita faham betapa masa tidak mengizinkan. Jangan kata menguruskan rumah tangga mudah.
Saya kagum kerana dia sudah miliki banyak perkara/benda dalam hidup namun masih mengutamakan pelajaran.
Adik perempuan saya ini sangat rapat dengan saya berbanding dengan adik beradik lain. Dia seorang yang lucu dan matang (pelik betul dalam adik beradik saya, sayalah yang paling tidak matang. He he he).
Pernah dulu ketika saya tertekan dalam hidup, saya menaliponnya menangis-nangis tanpa malu bak budak nak dapatkan aiskrem tetapi maknya tidak beri sebab aiskrem tu jenis mahal...Lagipun tadi baru bahan KFC tak kan nak aiskrim lagi. Pencil color pun dah dibeli.
Pernah dulu ketika saya tertekan dalam hidup, saya menaliponnya menangis-nangis tanpa malu bak budak nak dapatkan aiskrem tetapi maknya tidak beri sebab aiskrem tu jenis mahal...Lagipun tadi baru bahan KFC tak kan nak aiskrim lagi. Pencil color pun dah dibeli.
Kita kembali kepada tajuk posting. Adik saya ini bernama Salina. Semasa saya muda-muda dulu ramai juga kawan-kawan saya yang `minat' dekat adik saya tetapi saya bantutkan minat kawan-kawan saya dengan pelbagai cara. Salah satunya saya akan selalu beritahu kawan saya yang `nampak' minat kat adik saya dengan mengatakan "saya berharap benar adik perempuan saya akan berkahwin dengan seorang yang kaya, berpelajaran dan handsum". Maka terkedulah kawan-kawan saya (padam muka).
Saya rasa takut dan bimbang pula adalah kerana sayalah nanti yang akan kena pantau, tunjuk ajar dia sepanjang perjalanan masternya itu... Bantu penyelidikan dan kertas kerjanya nanti. Haaa... Namun kerana budinya yang terlalu besar dan dia darah daging saya, saya akan membantu...
Saya harap suatu hari nanti dapat hadiri konvoi PHD dia pula, amin...
Saya harap suatu hari nanti dapat hadiri konvoi PHD dia pula, amin...
No comments:
Post a Comment