Sangat lewat petang barulah pamiran `Jom Masuk U' selesai. Setelah memunggah alatan pamiran ke kenderaan, selepas bersalaman dan masing-masing mengucapkan terima kasih, saya ke tempat pakir. Dari jauh saya lihat Myvi kesayangan saya tersergam indah di kalangan kereta-kereta import lain. He.
Bila saya nak beli kereta baru?
Saya bawa kereta perlahan-lahan, saya tidak biasa dengan jalan-jalan di kawasan ini. Beberapa minit kemudian saya sudah meninggalkan Bandar Kuala Terengganu.
Perjalanan ini jauh... maka dalam perjalanan saya tidak dapat lari dari berfikir dan mengimbau perjalanan hidup saya yang saya katogerikan sebagai `tidak tentu arah', he he he.
Sampai satu tahap dalam hidup, saya sudah hilang rasa bahagia. Bila sudah hilang rasa bahagia, hilanglah semangat untuk hidup. Dan bila sudah hilang semangat untuk hidup tentulah tidak mudah bagi saya untuk merasa bahagia.
Namun saya sangat degil, saya tidak mudah menyerah kalah. Saya tetap juga berusaha untuk mewujudkan situasi yang membuat saya seronok. Walaupun tidak 100% berjaya saya terus mencuba. Tidak boleh saya berpendapat pintu kebahagian tertutup rapat. Kenalah berusaha walaupun hasilnya belum tentu lagi. Buat masa ini perbuatan berusaha adalah suatu perbuatan yang terbaik supaya tidak terus dirundung kemurungan. Orang lain juga sepatutnya begitu.
Kemurungan akan membahayakan bukan sahaja jiwa saya tetapi juga periuk nasi saya. Adalah tidak cerdik bagi orang cerdik seperti saya ini untuk berterusan mengikut perasaan dengan terus mendakap duka dan dendam. Duka dan dendam itu sepatutnya dipandu ke arah yang lebih positif.
Ya, dalam kemurungan ada juga positifnya. Semua perkara ada positifnya. Ada syaitan adalah syurga, ada kekecewaan adalah kekuatan dan kematangan hidup. Wah optimisnya saya kali ini. Saya beri kepada saya lima bintang.
Dalam kemurungan saya lebih banyak berfikir dan memerhati. Menganalisa apa yang sedang berlaku di sekeliling saya. Termasuk perkara-perkara yang sebelumnya saya tidak nampak.
Hilang bahagia ada juga positifnya. Lorong hidup saya menjadi perlahan maka saya ada banyak masa memerhati...
Hilang bahagia ada juga positifnya. Lorong hidup saya menjadi perlahan maka saya ada banyak masa memerhati...
2 comments:
duk perati En. sukiman... hahahhaha
Hidup kan terus berjalan, meskipun bnyk cabaran. Saya suker abg jan yg optimis. disaat abg jan menjadi pesimis...saya doakn abg jan tabah dn bersemangat semula.
Post a Comment