Hari ini 1 hb April, saya daripada 7 pagi sampai pukul 7 petang berligar di Bangunan Wisma TNB, Kuantan. Saya bertugas di sana sempena persiapan program Luncheon Talk. Minggu lepas saya di UMT dua hari...
Tidak ada lagi orang yang datang, maka saya duduk minim di kantin, saya bermonolog. Bulan April adalah bulan CINTA saya. Bulan inilah saya dilahirkan, dan merana... He he he. Acah aje, semua orang pernah patah hati, maka tidaklah saya terlalu istimewa dalam bab ini.
Dunia semakin kejam, siapa yang tidak merana...he he he?
Dan bulan ini juga lahir insan yang paling saya sayangi. Saya tidak pandai menulisnya di sini, hanya saya yang tahu. Namun ia bukanlahlah kasih sayang dan cinta yang menjuruskan kepada seks, harta, pangkat dan sewaktu dengannya.
Saya mahu hidup saya di kelilingi dengan cinta. Depan belakang kiri dan kanan. Dan saya tahu cinta-cinta itu bukanlah akan datang bergolek atau melayang. Saya mesti mencipta CINTA-CINTA itu agar mereka selalu berligar di sekeliling saya.
Saya dah mula letih mengeluh dan mencari cinta-cinta itu...
Jan: pernah tergolek kerana cinta...
3 comments:
Salam,
Nanti saya hadiahkan abang Jan buku Alien Mencari Cinta (Rem Dambul) dengan harapan cinta akan sentiasa berlegar-legar di sekeliling Abg Jan.:-)
he he he, bestnya.
saya tak biasa baca buku cinta...heheh.
tapi saya akan cuba baca...
Cinta bersifat eksklusif. Hanya dirasai dgn org tertentu,pd saat tertentu, dan keadaan trtentu. Cinta boleh mekar dan layu. Cinta datang tanpa isyarat. Dan boleh pergi tanpa sebab.
Post a Comment