Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, April 11, 2014

DPL: Carilah kebaikan dalam diri, hargainya...

Saya semakin menyedari sudah terlalu banyak masa saya habiskan dengan bersedih. Bermuran durja dan menganggap diri paling malang, hina dan tiada apa-apa keistimewaan. Maka adalah lebih baik saya memikirkan perkara-perkara istimewa yang berlaku pada diri saya pada setiap hari yang mungkin atau tidak langsung terjadi pada manusia lain...
 
Fikiran ini saya dapati setelah saya tergolek menulis di hadapan televisyen, sambil makan keropok, sambil juga menonton rancangan Astro hitz, Soulfood. Baru saya sedari kopek Mariah Carry sangat besar setelah melihat vidioe klip lagu `I want to know what love is".
 
Tetapi posting kali ini bukanlah mahu menceritakan tentang Mariah Carry atau hal nasi lemaknya itu. Ia adalah mengenai bagaimana kita harus setiap hari melihat ke dalam diri, mencari positifnya hidup kita. Haaa...
 
Adalah malang bila kita rasa diri kita malang.
 
Maka saya mengambil keputusan hari ini perkara yang paling mengembirakan saya ialah apabila seorang rakan pensyarah menangis di hadapan saya. saya bukanlah jenis manusia yang bahagia atas air mata orang. Ceritanya begini. Lewat petang ketika saya sedang mengemas mahu pulang. Seorang rakan pensyarah masuk ke bilik saya.
 
Rakan saya tersebut mahu berbual, saya persilakan dia duduk. Dan akhirnya beliau menceritakan kesedihan, kegusaran dan kebimbangan yang bermukim di hatinya. Bak pakar motivasi, saya mendengarnya dengan teliti. Saya akhirnya merasa sedih apabila dia mula menangis dan mengesat air mata. Apa yang terjadi memang menyedihkan hati dan perasaannya.
 
Saya juga rasa mahu turut menangis, tetapi mengingatkan saya tidak mahu menangis pada tahun 2014 ini, saya seka air mata saya...(pulak dah)
 
Sekali lagi seperti pakar saya amati permasalahan tersebut dan mencadangkan beberapa langkah penyelesaian. Namun dalam keadaan tersebut saya pula disuruh untuk memilih langkah yang terbaik daripada langkah-langkah yang saya cadangkan tersebut.Saya harap langkah terbaik yang saya pilih itu dapat menyelesaikan masalahnya. Saya juga berpesan dalam kehidupan ini ada risikonya. Dan ada banyak perkara di luar kawalan kita.
 
Saya merasa lega apabila mel;ihat beliau keluar dari bilik saya dengan bersemangat, tersenyum dan kelihatan tahu apa yang harus dia lakukan...
 
Saya tidak merasa apa-apa sehinggalah balik ke rumah saya rasa kagum dengan diri saya. Rasa kagum kerana antara beratus rakan pensyarah yang dia miliki, dia memilih saya. Dia memilih saya untuk dia jumpa. Bukan orang lain...
 
 
 
 

2 comments:

Adie Achim said...

Saya dalam mode yang mengantuk jadi membaca enri Abg Jan. Terbaca ayat nasi lemak Mariah Carrey terus saya tgelak dan hilang mengantuk sehingga masa bekerja tamat.

Jankaulu said...

he he he, penawar mgantuk tu Adie...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home