Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, March 1, 2013

Siapa kata jadi orang tua tak `best'?

Kalau kita berfikiran positif, banyak juga kelebihan menjadi wargaemas. Semua perkara ada kekurangan dan kelebihan termasuk juga dalam situasi ini. Paling penting adalah cuba hindari diri daripada bersifat pesimis. Atau layan pesimis itu ke arah positif. Haaa...

Apabila kita bangun pagi apa yang biasanya terlintas di fikiran kita? Haaa betul! Kita malas nak pergi kerja terutama pada hari isnin, kan? walaupun sebenarnya apabila kita sampai di tempat kerja kita terus jadi rajin dan berdedikasi, suasana di pagi isnin hari memang begitu. Tetapi bila kita tua? Taraaaa.... Kita tidak perlu lagi nak rasa malas pergi kerja. Haa...

Kita diutamakan. Pernah tak kita naik bas penuh sesak dan kena berdiri. Kita kena berdiri sebab kita muda. Kalau kita tua kita akan diutamakan. Malah awek cun selesa jea gayanya duduk di sebelah kita dan siap bersalam lagi. Kalau kita muda? Kalau kita muda kita berdoa saja la...agar awek cun duduk di sebelah kita. Haa... Nak bersentuh salam dengan kita? Mimpi jealah.

Ketiga, kita sudah tidak ada banyak hutang. Court Mamouth pun sudah beritahu kita tergolong antara mereka-mereka yang ditahan daripada diberikan khidmat pembayaran ansuran (hutang la tu...). Dan tidak adalah drama `tarik menarik' perabut bila kita tak daya dah nak bayar. Kita juga tidak perlu bayar pinjaman perumahan dan kereta. Haaa... Cuba bayangkan hidup tanpa kad kredit. Cuba bayangkan pada masa tersebut kita sudah bijaksana sini dan tak bengong bangang lagi menguruskan perbelanjaan kita. Syurga...

Kalau kita naik kapal terbang pergi ke Sarawak dapat pula potongan 50%!, banyak tu. Kalau kita naik bas ekspress dapat juga dalam 25%. Ini menjimatkan kita. Sebab itulah datuk nenek moyang kita selalu berdoa semoga panjang umur, sihat dan dimurahkan rezeki. Rupanya panjang umur boleh naik bas eksperess murah. He he he.

Dan lebih penting percutian kita dan pasangan senang diuruskan. Tak ada masalah nak `letak' anak kat mana. Haaa...

Panjang umur juga meningkatkan daya perbandingan kita. Kita sudah lalui banyak zaman dan kita tahu benar anak-anak muda yang bergaya depan kita tu (yang kita mungkin cemburu) sebenarnya pesen tu dah kita pakai pada tahun 80an. Kita boleh beritahu kononnya fesyen ni dah lama dipakai dah. Dan kalau kita meluat tengok gaya mereka, rasa berbulu mata, kita boleh tanggalkan cermin mata kita. Haaa...

Bila kita tua kita akan lebis berwaspada. Kita selalu lebih akrab dengan label-label di bungkusan dan `ingredients' sebelum membeli makanan. Kita ada banyak masa nak pilih telur satu-satu. Sayauran pula kita kelebek satu-satu.

Bila beli makanan berbotol atau bertin, kita akan baca 8 kali dan kalau ada kandungan lemak 0.895% pun kita rasa terkejut dan histeria seolah akan berlaku perang dunia ke tiga (jaga kesihatan la katakan...). Kita letak balik bungkusan biskut tersebut di raknya dan terus ke kaunter untuk mencadangkan makanan yang bebas lemak. Kita membebel kat kaunter kononnya kedai jual barang tak mengikut keperluan kesihatan. Kesian orang jaga kaunter tu, he he he.

Dan anehnya penjaga kaunter tersebut melayan kita dengan baik...(walaupun dalam hati ~orang tua ni kuat membebel la).

He he he. Dan kita boleh buat banyak pengakuan kehebatan kita. Coontohnya seperti di bawah:


Dulu  i `the most sexiest alive' gitu!


Gambar lama i... (bukti...konon)


Jan: Sapa kata jadi orang tua tak best?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home