Sedang saya duduk buat nota untuk subjek Malaysian Economy, saya terima panggilan daripada pemuda Cina. Beliau beritahu tayar kereta saya yang pancit tersebut rosak, saya kena beli yang baru. Dan katanya tayar saya yang lain pun `bunga'nya dah haus.
Saya terus berfikir kelemahan tayar adalah pada bunganya. Kena beli bunga baru iaitu bermaksud tayar baru. Tentu pakai banyak duit kalau tukar ke empat-empat tayar. Saya rasa saya perlu tukar dua buah tayar sahaja. Tetapi jenama tayar saya tak tahu, kalau jenama pinggang mangkuk tahulah saya sikit-sikit, he he he. Ya, saya kena bawa kawan saya untuk menolong saya lagi.
Sesampai ke kedai tersebut, saya tanya ada tak jenama Dunlop (sebab jenama ini saja saya tahu sebab dulu saya pernah tidor atas tilam Dunlop). Pekedai Cina tersebut kata tiada... dan dia membuka fail yang ada nama-nama jenama tayar. Saya buat tengok-tengok dengan manchonya sambil angguk-angguk kononnya faham. Tetapi sepatah haram saya tidak faham akan jadual tersebut. Cuma saya tahu rupanya saiz tayar saya ialah 15. Ada juga saiz tayar yea? Saiz stereng?.
Nasib baik dia tidak buka katelog tunjuk corak/jenis bunga di tayar. Tentu sukar untuk memilih corak yang menarik. Ada tak sebenarnya fail sebegitu? tetapi yang pentik bukan corak yang menarik tetapi cengkaman bunga tersebut, kot.
Saya sudah pening kepala maka saya berikan urusan urusniaga ini kepada kawan saya iaitu namanya Ja. Dialah juga yang terlibat dengan urusniaga bila saya beli Myvi saya dulu.
Pada ketika itu barulah saya teringat semasa servis terakhir dulu Produa ada beritahu bunga tayar saya juga sudah kelayuan...he he he. Rupanya saya tidak ingat nasihat Produa tersebut. Bahaya sungguh kan. Pada masa ini saya terlintas menyesal tak belajar bersungguh-sungguh dan kerja di Bank Negara. kalau dapat kerja bagus tentu disediakan pemandu. Pemandu tentulah tahu serba serbi bukan setakat bunga tetapi daun dan akarnya sekali, he he he. Haaa....
Jan: Teratai layu di tasik madu...(pulak dah)
2 comments:
untuk memanjangkan tempoh hayat tayar kenalah buat alignment dan rajin2 rotate tayar. Nasihat dari saya yang juga kurang arif tentang keta cuma tips tu sangat bagus. Tayar keta saya tahan lama :)
saya akan cuba buat segala tindakan tersebut...insyallah Adie
Post a Comment