Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 6, 2013

Tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara *



1. Penyertaan Sabah ke dalam Malaysia pada September 1963 tidak dapat diterima oleh Filipina yang menganggap Sabah sebahagian daripada wilayahnya. 

2.Penyertaan Sabah adalah atas pilihan rakyatnya yang diperakui oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

3.Sabah bukan sahaja menjadi tuntutan Filipina tetapi juga oleh waris Sultan Sulu semenjak sebelum Perang Dunia Kedua. 

4.Pada 1961 isu ini bangkit semula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan gagasan Malaysia yang termasuk Borneo Utara. 

5.Kerajaan Filipina di bawa kepimpinan Macapagal mempersoalkan kesahihan hak milik British ke atas Borneo Utara pada 22 Jun 1962. 

6. Malah pada Oktober dan November 1962 Macapagal membawa kes tuntutan ini ke PBB dan kemudian berbaik dengan Soekarno serta Azahari (pemimpin parti rakyat Brunei) untuk menentang pembentukan Malaysia. 

7.Satu Sidang Kemuncak diadakan di Manila pada akhir Julai 1963 oleh Tunku Abdul Rahman, Soekarno dan Macapagal untuk menyelesaikan pertikian tentang pembentukan Malaysia dan kes Borneo Utara. 

8.Kerajaan Filipina dan Indonesia bersetuju untuk menyokong pembentukan Malaysia sekiranya terbukti mendapat sokongan penduduk terbabit dan disahkan oleh PBB. 

9.Persetujuan dicapai pada 9 Julai 1963 antara kerajaan British dan Tanah Melayu tentang penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963. 

10.Walaupun hubungan Malaysia dengan Filipina telah pulih tetapi Kerajaan Filipina masih belum menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah.

Jan: * 1999, 1999. ISBN 967-942-533-9. 123 hlm. Nik Anuar Nik Mahmud. source http://www.penerbit.ukm.my/f533-9.html

3 comments:

Nong Andy said...

bahan rujukan yang bangus ni thanks!

Jankaulu said...

saya doakan semoga penduduk sabah tetap kuat dan tabah hadapi cubaan. Amin.

Fian Dracestar said...

Negara yang tidak mengenalkan arti demokrasi kepada rakyatnya. Jika malay negara yang demokrasi maka akan terungkap kebusukkan pejabat kerajaan yang otoriter dan terungkap sejarah negara yang sebenarnya. SERAWAK & SULU JANGAN JADI BONEKA MALAY. KELUARLAH DARI NEGARA FEDERAL MALAYSIA. SULU MERDEKA !!!!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home