Koleksi `perfume 'saya. |
Pejam celek-pejam celek saya bukannya muda lagi. Kadang-kadang saya termengah-mengah menaiki tangga ke bilik pejabat saya. Bila berselisih depan pelajar saya tegakan badan agar tidak nampak macam bongkok. Sesekali berjogging rasa sangat lengguh batang tubuh. Saya juga sudah tidak dapat berjaga malam, cepat rasa mengantuk.
Sesekali tengok kawan-kawan main tenis (taraf permainan mereka sangat amatur), saya rasa teruja juga mahu terlibat tetapi saya tidak daya dah. Lagipun saya bukannya pesukan. Ya, saya sudah semakin tidak muda lagi...
Saya juga sudah mula membeli sesuatu barang yang pada masa lalu saya tidak terlintas langsung untuk membelinya. Kali ini saya mahu perkenalkan himpunan `perfume' saya. Pertamanya Pati Buah Ajaib saya guna letak di labu betis bila rasa lenguh atau kebas. Belang-belang tengok televisyen, saya sapu di betis tersebut. Rasa sedikit hangat.
Saya juga beli entah apa nama, saya panggil Yoko Yoko di farmasi. Saya letak di bahu kiri dan kanan saya. Ia meresap masuk dan melegakan rasa berat dan lenguh di bahu saya. Maklumlah pergi balik kerja saya memandu. Saya bukannya ada pemandu. Bila letak Yoko ni terasa berangin dan menucuk. Panassss.Pastikan tidak terkena bahagian sulit.
Minyak Hangat Afiat saya pakai sejak saya sekolah rendah lagi, hinggalah ke universiti saya masih menggunakannya. Minyak ni bagus sebab ia hangat dan selalunya kalau saya letak memang lenguh dan kebas. Minyak ini boleh membantu perjalanan darah. Hatta kalau terseliuh pun boleh. Saya selalu melanggar bucu kaki meja dan kerusi (macam mak saya), maka elok diletak minyak ini di tempat yang terlanggar tadi. bukan di kaki meja atau kerusi.
Minyak Serai Cap Kuda ini rasa sejuk. Boleh kita urut badan kita. Baunya pun ok. Tapi bau standard minyak laaa...he he he. Bukannya Bulgary atau Dunghill.
Selebihnya tengoklah sendiri botol-botol tersebut, `familiar' tak? Ha, minyak cap kapak pun ada. Sebenarnya ada lagi yang biasa saya guna iaitu vicks veperap! Haaa...bagus kita letak di dada sebelum kita tidor. Dan saya juga ada yang macam handypelast. Kita boleh tampal kat bahu dan belakang kalau rasa lengguh. Panaplex dan Ketopit. Dan ada beberapa jenama yang saya tak reti nak eja atau sebut.
Sebenarnya saya ada satu tupperware besar untuk letak minyak angin dan barang sewaktu dengannya. Bila lama-lama guna, saya sudah tidak terasa baunya busuk. Lagipun sapalah nak peluk saya... (baca dengan nada sedih tetapi mengada, he he he)
Sebenarnya saya ada satu tupperware besar untuk letak minyak angin dan barang sewaktu dengannya. Bila lama-lama guna, saya sudah tidak terasa baunya busuk. Lagipun sapalah nak peluk saya... (baca dengan nada sedih tetapi mengada, he he he)
Kepada yang muda hargailah masa muda sebelum tidak muda lagi. Kita mungkin hanya mengerlingnya (tengok jea tapi tidak beli) pada hari ini tetapi bila agak tidak muda lagi tentu jadi peneman setia dan mengerti... Haaaa.
Jan: Ingat! Masa muda bau minyak wangi, masa tua bau minyak angin, he he he. Masa muda ramai orang suka, masa tua penyakit suka kat kita.
Tapi bagaimana bagi yang muda tetapi tak ramai orang suka pun? Haaa?
Tapi bagaimana bagi yang muda tetapi tak ramai orang suka pun? Haaa?
1 comment:
Hai ngape nya membujang en sukiman...xkan xde yg berkenan...
Post a Comment