Semalam saya masak sup ayam. Dah lama saya tak memasak. Entah kenapa tiba-tiba terasa benar nak masak sup ayam. Maka selepas tengok berita TV3, saya bergegas ke kedai membeli ayam.
Saya selamba ke kedai basah dan minta seorang pak cik membersihkan seekor ayam. Saya suruh pak cik tersebut kerat 16 bahagian. Saya pilih ayam yang kecil kerana nak buat sup.
Tiba-tiba saya rasa terkejut bila saya dapati saya tidak membawa beg duit. Saya panik sekejap. Saya terus ke kereta (kereta saya pakir tepi kedai) dan kutip duit sana sini di dalam kereta tersebut. Termasuk duit celeh kusyen dan duit siling terkumpul sebanyak RM9.80.
Selepas itu saya naik tangga balik mendekati pak cik jual ayam tersebut. Saya berdoa dalam hati jangan lah harga ayam tersebut melebihi duit yang terkumpul.
"Berapa ayam ni?" Tanya saya bertanya dengan perasaan gementar dan pasrah.
"RM9.60" Kata pak cik tersebut. Selamba.
Saya sangat lega...
Bila balik ke rumah terus saya masak sup...seperti dalam gambar di bawah.
Jan: Haaa....
11 comments:
sup aym sdp tp sya suke periuk vision tu.... i like...
abis ke seperiuk sup tu soarang?...senduk hitam tu mcm kenal je...khee
Encik Pensyarah,
saya hari-hari masak sup ayam. anakda saya tu kalau makan nasi kena ada sup baru laju sikit habis nasinya :)
Alhamdulillah...sup yg sedap dan menyelerakan..
wahhh nampak sedap memasak dengan periuk vision tu
Anonymous, Periuk vision tu saya beli ansuran RM40 sebulan 7 tahun lepas. Dulu harga satu set hanya dalam RM390.90.
Dulu beli sebab kawan-kawan kat kolej Shahputra beli/hutang...he he he.
aima,
saya makan untuk 2, 3 hari. Letak dalam peti dan hangatkan semula. Makin lama makin best. Haaa...Saya cicah dengan roti jea.
Senduk tu Adnan (kawan setempat kerja)yang hadiahkan. Dia beli di Ikea.
Nong Andy,
Mesti sedap sup yang Nong masak. Saya ni lain sikit, kalau org makan mungkin tak suka masakan saya. saya bubuh sedikit sahaja rempah-ratusnya. Saya letak juga tomato dan lada, juga sedikit asam gelugur supaya ada masam-masam sikit. Untuk rasa lemak sikit saya bubuh gula sikit.
Sal,
taklah sedap sangat tapi oklah untuk saya makan.Saya suka makan sup.
chEyaNtie
Saya sudah buang semua periuk tak vision. Biar rasa seronok ke dapur. tapi jarang saya masak. Ke dapur buat air jea, he he he.
sekarang saya main kutu beli corelle pulak, he he he.
Ada beza tak En sukiman masak periuk biasa dengan vision ni. Vision tu kan mahal (untuk saya yang tak mampu ni)... tapi best sup ayam, boleh hirup sup panas2.. oh nikmatnya.. nenanti kalau buat lagi masak dalam periuk vision tu jangan lupa hantar kat bilik 29 yek.. nak rasa lah jugak.. hehehe
psst: En Sukiman, gurau aje tau, tapi tahu yang En sukiman memang terer masak pun.
Dari segi rasa masakannya ayam tu direbus dengan sangat panas, urat daging dia jadi terbuka. Macam mana nak terang ni. he he he. Bila makan rasa best sebab struktur halus daging dimasak dengan maksima menyebabkan rempah ratus meresap dengan girang...
Tapi yg paling ketara senang nak hidang. Bila sejuk (agak lama dia simpan haba) saya terus hidang ke meja makan atau terus ke dalam peti sejuk. kalau ada stain mudah hilang bila gosok dan cantik kalau susun (he he he).
Nampak bersih, he he he.
Sejak saya hidup bernyawa tapi tak bermaya saya dah jarang masak...Mungkin hati say atak gembira.
masakan saya pun sebenarnya tak sampai standard nak beri org lain makan, untuk saya jea he he he. masih tak berapa sedap...malu.
pasni bley jd duta vision ni.... haahaha....
Dan satu lagi pernah saya terlucut dari tangan dan jatuh terhengpas ke lantai, hasilnya hanya terbelah dua! Tidak berkecai... (seperti juga kebahagiaan yang terlucut dari tangkai hati ini, cuma bila jatuh terhengpas terus merekah,berderai dan hancur lebur...jadi debu dibawa angin lalu...)
he he he...Duta? tak lah saya beki pun hutang bayar 10 kali, he.
gula?
wah.. itu memang pertama kali dpt tahu :)
lain org lain la seleranya kan..
Post a Comment