Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 13, 2013

Pengalaman diaudit...



Pernah tak diaudit di tempat kerja? Dengar perkataan audit dah seram kan? Begitulah saya. Tapi saya ambil positif tempoh segalanya. Audit dalaman tidaklah menyeramkan berbanding dengan audit luaran yang melibatkan pihak yang kita tidak pernah lihat.

Saya percaya saya bukanlah handsum mana dan tidak mempunyai penampilan yang menarik. Tapi saya sangat percaya handsum dan mempunyai penampilan yang menarik dan yakin diri sangat penting. Ia memberi impak ke atas sekeliling. Kepada juruaudit tersebut.

saya tahu tarikh audit yang dijalankan. Sudah seminggu saya berjalan cepat mengelilingi tasik kampus. Sudah seminggu tepek pisang yang saya ramas di muka dan tidur berlapiskan lendir lidah buaya di muka. Saya juga makanlgel lidah buaya hatta saya letak juga dalam tea o saya. Saya mahu muka saya berseri dan sekata. baru ada keyakinan diri.

Hari ini saya berpakaian kemeja paling mahal yang saya miliki RM125.90 (selepas diskaun 15%). Saya juga menggosok baju itu belah (bahagian) dalam sahaja sebab kain dia agak baldu di luar (takut cair) dan koten (cotton) di dalam. Baju ini saya basuh dengan tangan, takut rosak basuh dengan mesen basuh. Lagipun saya ada sehelai dua jea baju mahal. Bukannya banyak.

Sebab itulah saya terkejut bila kawan perempuan saya beli kain sepuluh pasang (sepasang paling murah harga RM360). Katanya nak dipakai untuk semester akan datang... Haaa... campur upah agak-agakknya berapa yea...

Saya juga bubuh setopok gel Gabsi kat rambut saya (sesuatu yang saya tidak lakukan setiap hari). Untuk hari ini sahaja saya sikat rambut belah tepi. Biar nampak budiman, ayu dan tak berdosa. Kalau tidak pada hari biasa saya tidak sikat rambut. Saya biarkan gerbang secara semulajadi. Biar nampak natural dan seksi. Kalau ditiup angin silap-silap nampak macam orang meroyan. Tapi yang penting ilmu di dada bukan gel di rambut. 

Hari ini para pensyarah yang bernasib `baik' akan diaudit. Dan saya terkejut kerana berjaya menjadi salah seorang `mangsa" audit. Namun saya sudah bersedia dengan pakaian yang rapi dan kemas macam pekerja yang baru mula bekerja (pukul 12 tengahari pun pakai tai).  Dekan bukan main ketawa bila nama saya terpilih...sebab sebelum itu saya ada berseloroh nak ambik MC sebab darah saya naik.

Audit ini mahu melihat fail-fail pengajaran saya dan menguji pengetahuan saya mengenai segala prosess yang ada di sekeliling saya yang berkaitan dengan akademik. Pendek kata nak menguji komitmen kita. Sebenarnya sudah seminggu saya siapkan fail saya. Tambah nota sana sini sampai penuh. Nescaya kalau fail tersebut saya hempuk di kepala kekasih yang curang. Pasti merana tujuk keturunan. 

Saya mengusung fail dengan berdebar-debar menuju bilik mesyuarat. Selepas memperkenalkan diri saya duduk berhampiran dengan juru audit yang sedang mengadap lap topnya. Beliau memperkenalkan dirinya. Sesi audit telah bermula dan saya menjawabnya dengan jujur dan tidak berlakon. Saya cerita apa yang terjadi agar kalau ada lompang sana-sini dapatlah organisasi saya perbaikinya. Haaa....

Jan: Bagaimana dengan audit akhirat? Haaa....

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home