Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…
Saya tidak pernah membeli album Anuar Zain, namun saya meminati beberapa buah lagunya. Kepada saya suara Anuar Zain tidak sebaik Jamal, Salim atau Amy Search namun ianya masih sedap didengar. Yang paling menarik ialah Anuar Zain sedap dilihat mata. Sebab itulah ada mak cik -mak cik menciumnya semasa dia menyanyi. Ciuman tu hanya suka-suka, saya faham...
Saya ibaratkan suara Anuar Zain seperti suara Datuk Sheila Majid. Tidaklah sedap mana namun telinga menerima kerana cara nyanyian sangat hebat. Saya ada miliki beberapa buah album Datuk Shiela Majid.
Lagu `lelaki ini' saya nyanyikan semasa berkaroeka di ECM, saya dan rakan-rakan pensyarah menyanyi. Suara sayalah yang paling tidak sedap. Semua lagu saya nyanyi tetapi tidak `sampai'. Kawan-kawan saya kata saya hanya boleh bawa lagu `lelaki ini' sahaja. kata kawan saya, ianya masuk dengan saya.
Sebenarnya semasa saya nyanyikan lagu ini saya menjiwainya sepenuhnya apa yang telah saya alami. Dalam bab-bab berkasih sayang, saya bernasib malang (amat). Saya doakan semoga dia tidak bahagia dan suatu hari nanti akan mendapat pembalasan. Saya yakin. Dia tidak akan terlepas begitu sahaja...Saya mahu melihat kebenaran walaupun sehari...Titik.
Jan: akhirnya lelaki ini menjadi jahat...
1 comment:
pernah minat dgn anuar zain.. dulu. tapi lebih minat dgn kakaknya ziana zain.. dulu juga.
sekarang.. biasa-biasa saja :)
Post a Comment