Bahawa sesungguhnya beruntunglah bagi kamu barangsiapa di dunia ini mempunyai kediaman yang lawa, nyaman dan selesa (beautiful homes, cozy and comfortable). Tidak kiralah rumah batu ke atau kayu, besar atau kecil.
Kita kenalah bersyukur walaupun rumah kita rumah teres atau semi D kerana kalu dihias cantik, ia selesa dan lawa. Orang lain ada yang sampai ke tua tidak miliki rumah. Haaa...
Kita kenalah bersyukur walaupun rumah kita rumah teres atau semi D kerana kalu dihias cantik, ia selesa dan lawa. Orang lain ada yang sampai ke tua tidak miliki rumah. Haaa...
Saya amat menghargai sesebuah rumah yang lawa dan cantik. Entah mengapa walaupun saya tak ada ilmu dalam hiasan dalaman (juga luaran), saya suka apabila melihat rumah yang selesa dan nyaman. Saya suka lihat perabut moden wahima antik. Saya suka ke kedai perabut jati walaupun tak beli apa-apa. Kadang-kadang rasa malu jugak kepada juru jual perabut tersebut. He he he.
Saya selalu berpendapat adalah salah kalau kita beranggapan kalau rumah besar dan banyak duit saja barulah kita boleh miliki rumah yang lawa dan selesa. Mungkin duit dan keluasan boleh membantu tetapi kalau kita tidak ada citarasa, kita juga gagal melahirkan suasana rumah yang reflek diri kita dan keluarga. Hiasan kita `keras' semacam jea...
Dan ada pada satu pengalaman saya rumah yang besar dan cantik tapi bersepah tak boleh hulur ujung kaki. Haa. Ada!
Kalau banyak duit boleh upah pakar hiasan dalaman. Namun setidaknya kita kena juga ada citarasa...baru pakar tersebut akan mudah menjelmakan suasana yang reflek diri kita kepada hiasan tersebut. Dan sebenarnya kita lebih bangga kalau perabut dan hiasan kita beli sendiri (hutang sebenarnya), kita heret (kita hias) dan guna idea kita. Kita buat apa yang kita mahu dan nak lihat.
Bila belek-belek Majalah Impiana tadi (edisi April 2013), ya allah lawanya rumah orang!. Maka saya tidak sabar mahu ke rumah saya yang terletak di Kuantan (lebih 100 km dari tempat kerja saya) walaupun tak lawa mana.
Saya juga sudah bercadang dengan kawan-kawan lama bahawasernya hujung minggu ini nak melawat kedai-kedai perabut di sekitar bandar Kuantan. Walaupun saya tak bermaksud mahu membeli (kerana tak ada duit dan ruang rumah) ia tidak akan menghalang saya daripada pergi menjenguk untuk `up date' saraf otak di bahagian hiasan dalaman. Haa...
Jan: Lawanya rumah orang kan...?
3 comments:
Rumah saya besar tapi tak adalah lawa mana. Apa-apa pun bersyukur je walaupun tak berapa nak lawa sangat asalkan ada tempat untuk berteduh
rumah kamu pun lawa juga encik pensayarah.. siap ada penyu comel lagi dlm rumah tu hehe
Salam En Jankaulu..=D
Rumah Ummi banyak tingkat...tapi ada lift.
Bersyukur apa adanya...alhamdulillah =D
Post a Comment