Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, January 11, 2012

Yang bulat tidak datang bergolek





Duit gaji pertama saya, saya terima daripada taukeh yang mengurus kantin Sekolah Agama Maarif, di daerah Besut, Terengganu. Pada ketika itu saya sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM. Saya bekerja sebagai pembantu di kantin sehinggalah tarikh keputusan peperiksaan SPM diumunkan. Gajinya dibayar secara mingguan. RM20 sehari, saya bekerja mula hari ahad sehingga khamis. Saya buat semua kerja yang disuruh termasuk basuh longkang keliling kantin setiap hari.
Pada masa tersebut saya tahu itu hanyalah kerja mengisi masa lapang, saya tidak akan bekerja begini sehingga akhirnya. Namun begitu saya ada ramai kawan yang sama-sama kerja di kantin tersebut yang ada sesi pagi dan petang. Saya berpengalaman dan tahu bagaimana sesebuah kantin diurusakan. Pertamanya mereka kena bangun sangat pagi dan lingkungan kerja adalah sama dan setempat.
Kerja kedua saya ialah di The Mall, Kuala Lumpur (dekat Perhentian Putra dan dekat Bangunan UMNO Pusat Dagangan Putra). Saya bekerja di supermaket tersebut di bahagian Sundry. Supermaket ini besar. Dulu The Mall sangat terkenal (selain Sogo), The Mall lah tempat orang membeli belah.
Gaji saya pada masa tersebut RM600. Tolak itu ini jadi RM500. Dan dengan bayar sewa, makan dan pengankutan, memang tak cukup. Namun pada ketika ini setiap cuti semester, saya kerja 3 bulan di The Mall atau di supermarket di Bukit Bintang. Tugas saya memastikan barang sentiasa ada di rak. Kalau tak ada ambil dari stor dan letak dekat rak. Senang jea. Kalau ada orang kaya beli barang, saya kena tolong tolak teroli sampai kat tempat letak kereta di bawah bangunan. Biasanya mereka beri duit RM10. Di tempat kerja saya, semua orang tidak tahu saya pelajar universiti. Saya menyamar jadi orang kampung yang datang cari kerja di KL.
Sebenarnya ayah saya tidak merestui saya berkerja. Ayah saya beritahu kalau saya gatal nak kerja, dia tak akan kirim duit setiap bulan. Sebenarnya ayah saya suruh saya balik kampung sahaja, duduk dengan keluarga. Cuti di kampung jea. Namun hati kecil saya mahu meneroka dunia yang luas, kalau tak saya tak tahu ada apa di Lorong Haji Taib dan Bukit Bintang...di situ rupanya ada kedai tak nampak yang jual benda yang tak nampak...he he he. Haram!
Selepas tamat dan terima izajah saya kerja sebagai guru tak berpengalaman di PPYIT, iaitu Pusat Pendidikan Yayasan Islam terengganu. Gajinya sikit sahaja tetapi pengalaman dan keseronokan kerja masih saya ingati sehingga ke hari ini. Kadang-kadang saya rasa saya lebih sesuai jadi cikgu.
Selepas jadi cikgu saya berhenti kerja dan sambung pelajaran buat master. OPada masa itu saya ada tunai RM7k dalam tangan hasil mengajar. Bila saya sambung master, saya buat kerja sambilan iaitu memeriksa kertas latihan pelajar STPM yang bertuisyen dengan Maktab Adabi. Saya akan pergi ambil kertas jawapan pelajar di bangunanya dekat Lembah Pantai. Pada masa tersebut bila saya marking satu kertas, dibayar RM2.50. Saya marking beberapa keping sehari jadi mampu tampung duit makan minum.
Selepas habis pengajian master saya kerja semula di PPYIT sehinggalah saya rasa saya nak bawa diri ke Kolej Shahputra (kini kolej Universiti). Di sini semasa saya mula masuk kerja diberi gaji RM1,750.... Saya tidak tahu nak buat apa dengan duit sebanyak itu sebab saya tak ada motor atau kereta, tak ada kad kredit, tak ada handpong, tak ada rumah atau mak we yang kena dibelanjakan (orang perempuan selalu mintak hadiah, faham-faham sahajalah).
Maka saya beli tanah di Pekan (pinjam Bank Rakyat). Pada masa itu saya banyak duit. Best. RM1,750 itu sangat banyak pada masa itu. Sekarang cuba beri saya RM5K, tau la saya bagaimana nak guna. He he he.
Saya suka bekerja di Kolej Shahputra, namun 5 tahun kemudian, selepas itu saya ditawarkan bekerja di UNITEN dengan gaji RM3,200. Wah banyaknya gaji saya...sebab saya tak ada tanggungan. Saya terus terima tanpa berfikir panjang.
Saya banyak baru dapat pengajaran bila saya umur sudah 40 tahun iaitu, tak semestinya ada ijazah hidup kita akan terus je jadi senang. Bila keluar u, 2, 3, 4 dan 5 tahun kita masih berusaha menempatkan diri. Dan saya juga belajar yang dengan ada ijazah sahaja orang tak pandang sebab akhirnya orang pandang ke dalam diri kita. Iaitu siapa kita, maksud saya kita rajin ke tidak bila bekerja dan kita ni jenis boleh dibuat kawan ke tak. Haaa.
Sekarang saya masih lagi di UNITEN, saya tidak tahulah saya akan kerja di mana dan kerja apa pada masa akan datang. Sehingga ke saat ini saya masih lagi sangat suka akan pekerjaan saya. Kerja di menara gading ada positifnya, pekerjaan ini membuatkan kita dahagakan ilmu. Saya selalu rasa diri bodoh dan tak cukup ilmu. Di menara gading ini kita kena sentiasa perbaharui ilmu pengetahuan...
Jan: Saya percaya kita tidak boleh jadi seperti orang lain, seperti skrip hidup orang lain. Kalau kita memaksa juga, kita buat jenayah pada hidup sendiri...

3 comments:

Nong Andy said...

er.. saya pernah kerja kat kedai bunga.... :)

Jankaulu said...

jumpa suami kat kedai bunga ke? he he he

manalah tahu dia membeli bunga dan memetik cintanya sekaligus...

Nong Andy said...

cis! itu dalam novel saya bolehlah.. realiti takdenya seromantis itu kisah cinta hehehe..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home