Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Saturday, January 28, 2012

Mahal banner pada lauk

Ada satu kejadian, saya sampai ke majlis perkahwinan, lauk pauk dah sold out!. Padahal bukannya petang sangat. Haa... Sapa nak jawab?
Masa tu saya nampak ramai yang tidak makan di bawah. Sedangkan di atas rumah riuh rendah dok pukul gambar bersanding. Sungguh tak teratur majlis ini. Kira pakai buat jea. Tetamu lapar di bawah tak ada yang peduli.
Maka saya dan kawan-kawan pun makanlah nasi dengan acar dan ulam layu dengan hati yang sayu. Kebetulan pulak kami dari jauh, lapar. Tambang duit minyak kongsi ramai-ramai. Datang jugaaak nak rai kawan yang rumahnya tengah bendang. Kami datang jugak sebab kawan baik.
Tetapi nasib malang kami tidak sampai di situ. Kami tidak dibenarkan naik ke atas rumah untuk lihat kawan kami yang tak handsum mana tu bersanding. Saya bukannya nak tengok sangat. Kalau dah tak handsum tu bersanding dalam telaga pun tak handsum mana jugak. Tapi kawan saya yang satu lagi ni gian sangat nak tenguk. Geram saya. Masa tu muka saya dah masam dan rasa nak balik jea.
Masa tu kami baru abis belajar di UM. Dulu mana ada handphon. Saya ingat lagi layanan yang diterima seolah kami ini orang tak berbangsa, tak ada mak bapak, gelandangan atau duduk di rumah kolong.
6 bulan selepas itu barulah kawan saya minta maaf pada kami atas layanan yang tidak memuaskan tersebut. Kawan saya kata memang lauk tidak cukup sebab tak sangka ramai yang datang, lagipun dia buat banner gambar dia dan isterinya untuk diletakan di bandar dan di persimpangan jalan masuk ke kampung, di pasar dan 2 di depan rumahnya. Katanya di kampungnya dialah yang pertama kali buat banner bila berkahwin.
Jan: Kali pertama makan nasi dengan ulam dan acar sahaja...huh!

4 comments:

Nong Andy said...

wah.. pengalaman gi majlis kawin.

ni buat aku teringat pengalaman aku adventure ke majlis kawin kawan kerja. jlnnya grabel macam hancus punggung di buatnya. mcm tarian caca dlm kereta 4 wheel tu. tapi meskipun perjalanan 'derita' itu tak boleh ku lupa, Aku juga tak boleh lupa sup kerbaunya yang sedap gila hehehe... dan lagi sungguh spesel nasi beras kampung di balut dlm daun sebagai hidangan. mabeles!

Jankaulu said...

cuba bila sampai ada acar dan ulam kacang panjang jea. tentu mengucap panjang. he he he.

sup memang best...

Nong Andy said...

ahahaha.. ulam dan acar kira okeh la tu hehehe..

kwn aku ni pula gi jemputan kawin fren of fren. tau apa yg kena hidang? meehun goreng yg keras mcm tangsi. takde laut apa pun. dah tu kena catu, tak boleh kaut sendiri, ada tukang kaut meehun tangsi tu.

kwn aku ckp dia rasa mcm nak minta balik je duit angpau kawin yg dia bagi RM30 tu hehehe...

balik dari situ derang lepak pizza-lapar! macam-macam ragam kan majlis kawin ni :)

Jankaulu said...

kalau niat betul-betul nak beri makan kat orang, orang akan raikan majlis tersebut.

yang parahnya duit habis buat banner dan kad yang mahal-mahal, juru solek dan bersalin baju. tak salah tapi sepatutnya utamakanlah tetamu.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home