Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, January 29, 2012

Lagi perihal BB1M


Saya lihat sendiri dengan mata kepala saya, para pelajar membeli buku menggunakan Baucer Buku 1M (BB1M) di kedai buku di Muadzam shah. Saya melihat mereka tersengeh membeli buku dan menghulur baucer tersebut. Mereka gembira. Masa tu saya sedang cari majalah Impiana.
Kalau diberi tunai kepada mak bapak, belum tentu sampai kepada anak-anak. Alasannya mudah `ala selama ni sapa yang berbelanja untuk pelajaran". Haaa, itulah antara alasannya. boleh kita dengar di kedai-kedai buku sekarang. Serata Malaysia. Kalau tak percaya jom pergi sekarang.

Saya mahu lihat dari sudut positif. Mereka suka membeli buku dan dapat menanam sikap suka membaca dan hargai buku. Jangan kata semua pelajar menjual baucer ini. Mereka membeli buku. Mungkin yang menjualnya hanya segelintir. saya harap kerajaan terus beri baucer begini jangan kerana dekat pilihanraya sahaja. harga buku di malaysia jauh lebih mahal dari sesetengah maruah rakyatnya, he he he. jangan marah.

Pun begitu pastilah ada pelajar yang mahu menjualnya. Sebabnya mahu duit. Mungkin mahu beli benda lain? Aatau beli buku pada lain kali? Haaa...
dan ada kedai buku yang rela membeli baucer tersebut dengan harga yang rendah. Kes ini sedang disiasat. Modus afandinya mudah, baucer tersebut boleh ditukar untuk mendapatkan wang tunai semula. Pekedai juga `bijak', berniaga atas dasar kerajaan.

Jan: Jangan kata kerajaan jea tak betul, rakyatnya pun banyak tak betul. He he he.

4 comments:

uj said...

uj pun dpt jugak sbg student UTM... dah habis guna.. dapat beli buku dalam 15 buah sebab ada diskaun sebagai ahli kedai buku tu di johor.. semua ke 15 tu novel... tak pe kan en jan...

Jankaulu said...

wah, betul-betul kaki membaca ni...tapi bila nak menulis blog? lama dah menunggu ni...

Mama4Aqil said...

ok.thanx for the good entry.sebab ingatkan saya utk amik baucer buku tu jugak..tapi saya nak jadi pelajar yg 'degil dan terpencil' tu..any idea?hahahahaha..tet!

Jankaulu said...

`degil dan terpencil'? Macam mana tu?

ambik baucer tu, jangan tak ambik...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home