Saya ada menanam pokok pisang di depan halaman rumah sewa di Muadzam. Saya ingin berbudi pada tanah. Berbudi pada orang akhirnya saya meraung dalam hujan dekat jalan nak ke Rompin. Baiklah saya fokus berbudi pada tanah jea... he he he. Saya bukannya mengharapkan balasan, tetapi janganlah akhirnya saya dihina. Kita duduk atas pentas dunia yang sama... Kot-kot saya yang dihina ini mungkin lebih mulia... Manalah tahu.


Kita kena lanyak pisang tersebut, biar segala derita di hati hancur lenyek di dalam periuk vision (yang dibeli secara angsuran dari rakan sekerja iaitu Kak Ina Tudung labuh).


Letak telur tersebut sahaja. Jangan letak kulit telur kecuali kita nak berikan kepada musuh ketat kita atau nak beri mak mertua makan. Kalau kita berniat begitu, kulit telur tersebut haruslah kita kisar dahulu sehingga halus dengan mesen pengisar. Barulah bubuh dalam adunan pisang lenyek tersebut. Masa makan mereka tak sedar bahawa mereka makan jemput kulit telur.
Tetapi kalau mak mertua kita baik, tak perlulah kita bersusah payah.

Dan tentulah kita perlukan gandung dan sedikit gula dan perasa vanilla. Bukan apa, saja nak biar nampak banyak bahan. Kalau tak ada pun tak apa. Kita makan pisang pun tak letak gandum atau vanilla.

Kacau-kacau-kacau dengan menggunakan senduk. Gambar di atas saya guna pelenyek sahaja. Malas nak basuh banyak barang.

Dah siap!, saya makan sambil tengok tv dan baca majalah Glam terbaru. Jemput ni rasa tawar sikit tapi lembut dan suci.

Keesokan harinya mereka masih bernafas, bermakna saya berjaya memasak jeaput pisang ini. Saya juga ada tanya Ja adakah dia terberak pada paginya...
Jan: Best juga memasak walaupun tak pandai mana,
3 comments:
"Masa lenyek pisang tersebut boleh maki dalam hati."
ya.. paling best buat macam tu lepas geram :)
he he he, saya lenyek sesungguh hati...
"Kot-kot saya yang dihina ini mungkin lebih mulia... Manalah tahu."
saya pun setuju statement kat atas tu.
Post a Comment