Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 9, 2012

Rumah berkubang sebab anak?



" Kau tak ada anak Man, kau tak tahu..." Tiba-tiba kawan saya heret isu anaknya yang suka berkubang. Mungkin nak beritahu dia malas nak berkemas sebab akhirnya rumahnya berkubang juga. Maklumlah budak-budak mana ada otak. Maka tak payah berkemas, he he he.
Saya teringat pula saya pernah pergi ke rumah Mona 20 tahun dulu (Mona adalah kawan sekolah saya. Dia dia tak suka kat saya dan saya pun 10 kali tak suka kat dia. Tetapi kami berkawan juga sebab dia terkenal di sekolah. Dan saya 10 kali terkenal (dalam kelas jea, he he he).
Sambil saya minum di ruang tamu rumahnya, saya ada tanya Mona macam mana rumahnya selalu kemas sedangkan adik beradiknya beriok (ramai, sebab mak dia tak henti beranak tiap tahun, non-stop. Ayah dia kuat agama.). Dia kata emaknya ajar adik-adiknya disiplin `SETIAP BARANG ADA TEMPAT LETAKNYA'. Oooo itu jawapannya. Sebab itu saya tengok banyak perhiasan kecil-kecil yang disusun atas rak perhiasan tak diusik oleh adik-adiknya.
" Tapi Mona kawan awak tu Man, emaknya tak bekerja, saya berkerja..." Kata kawan saya, masih mempertahankan kenapa dia tak mahu kemaskan rumah kecuali bila ada orang nak datang... Sebenarnya sengaja saya cerita hal Mona kepadanya, manalah tahu dia bersemangat semula untuk kemaskan rumahnya.
" Ya tak yea jugak..." Saya buat-buat faham walaupun saya masih rasakan dia patut disiplinkan anak-anaknya sebab anaknya pernah duduk atas meja kayu saya. Saya ulangi ATAS meja kayu saya, bukannya duduk di kerusi.
Jan: Saya mengalah, biarlah rumahnya berkubang, lakinya pun tak kisah (barangkali)... Kenapa saya pula sibuk cara hal orang?

1 comment:

Nong Andy said...

Berbagai alasan di beri!! kalau tak nak memang seribu dalih ye tak..?

macam tu mak bapak dia.. maka macam tu lah anak dia. kalau mak bapak slalu berkubang.. mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.. ewah! peribahasa lagi!

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home