Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 17, 2011

Pagar rumah saya...

2 tahun dulu ketika nak isi borang pinjaman perumahan, pegawai pinjaman perumahan ada bertanya sama ada saya mahu buat pinjaman perumahan meliputi renovek rumah sekaligus. Dia beritahu dia boleh uruskan. Saya terus memberitahunya saya tak memerlukannya. Saya akan renovek rumah tersebut kemudian setelah saya dudukinya selama 7 tahun. Buat masa ni saya tak memerlukan renovek. Bukan satu keperluan.
Setelah saya duduk (saya singgah), saya dapati rumah tersebut ada kekurangan yang ketara. Suatu hari bila saya sampai umah saya, saya lihat ada anjing lepak mesra di porch kereta saya. Bila pulak saya pelihara anjing? terdetik hati saya.
Saya buat laporan dan jumpa pemaju untuk menerangkan rasa tak puas hati saya mengenai betapa miskinnya pintu pagar rumah saya, seolah pakai ada je dibuat secara cincai sahaja (anjing boleh masuk melaluinya). Pegawai perumahan tersebut bekata:
" Encik Sukiman, kami tak buat yang elok terus, biasanya pemilik rumah akan buat pagar mereka sendiri semasa renovek rumah, sebelum mereka duduk" Kata pegawai tersebut dengan nada yang mesra.
Saya termangu sekejap dengan jawapan yang saya rasa bodoh tersebut. Saya naik geram jugak lalu saya menjawab balik dengan nada suara sedikit tinggi:
" Bukan semua orang macam tu, naik rumah terus renovek dan buat pagar baru. Orang miskin macam saya? Saya buat-buat tanya.
" Alaaa...miskin apa, rumah Encik Sukiman RM200 ribu, dan sekarang nilainya dah dekat RM240K. Bila-bila masa En Sukiman boleh renovek" Balas beliau pula cuba buat mesra macamlah saya ni adik ipar dia.
Saya terus tak jadi nak marah. "Pandai cari makan budak ni, pandai ambik hati, kalu aku ada kompeni aku ambik dia kerja" bisik hati saya, he he he.
Saya rasa pelik budaya beli rumah di Malaysia ni (di negara luar tak tahulah saya). Selepas kita beli nak masuk rumah tu kena renovek balik. Harga rumah kat Malaysia ni bukannya murah, selepas tu kena renovek balik tak ke pakai duit. Saja mereka nak biar pekerja bank rakyat dapat bonous 15bulan, he he he. Nasib baik di bandar Kuantan harga rumah masih murah. Untuk makluman, purata harga untuk seunit rumah teres di Kuala Lumpur ialah RM400 ribu (berdasarkan kajian terkini Real Estate and Housing Developers’ Association (REDHA) ). Saya ulangi, rumah teres.
P
erihal sink pun begitu juga. Sink diletak gitu sahaja, saya ada tanya peniaga cina, dia kata sink tersebut paling murah di pasaran!. Apalah salahnya buat dengan elok sikit untuk semua penghuni sebab memang ada yang tak berduit macam saya yang tak mampu renovek (ada ke yang tak mampu macam saya? he he he). Buat grill pun saya berhutang banyak kali dengan Zarida. Apa lagi nak nak renovek terus.
Pelik . Budaya nak masuk rumah kena renovek ni tak patut sangat.
Jan: Keluhan orang tak berduit...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home