Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, January 12, 2011

Bini dua anak berdozen?

Tahun lalu jumlah wang yang saya kena bayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah beribu-ribu ringgit. Nak luruh juga jantung bila lihat jumlah tersebut. Oleh kerana hidup bersolo, saya tidak mendapat pelepasan bagi anak, wahima anak kucing. Pun begitu saya sudah mengiranya dengan teliti. Nasib baik saya ni ada minat membaca sikit sebanyak. Saya gemar beli majalah dan buku-buku, dapatlah juga pelepasan sebanyak RM500 (kini RM1000).
Pernah tak dengar Borang EA? Borang ini sangat berguna dalam membuat tafsiran. Sebenarnya dalam borang inilah majikan perlu beri nama, alamat dan butiran-butiran pendapatan dalam bentuk tunai mengenai pekerjanya. Salinan borang inilah yang majikan bagi kat kita yang kita lampirkan bersama borang penyata cukai pendapatan yang akhirnya beritahu berapa kita kena bayar cukai.
Jadi adalah salah jika kita anggap bila kita tak dihubungi oleh LHDN maka kita tak perlu membayar cukai. Borang EA ada dengan mereka, tunggu masa je bila dia nak buka fail kita. Tapi alangkah eloknya jika kita bersedia awal-awal.
Saya dah kena…malu nak cerita. Bukan nak buka pekong di punggung. Tapi ni hal tak bayar cukai. Akibat saya mengalami kemurungan bercampur kealpaan, saya terlupa nak bayar cukai tersebut setelah saya mentafsirkannya. Dan beberapa bulan kemudian saya terus terima surat cinta daripada LHDN yang minta saya buat potongan daripada gaji bulanan saya, siap dengan berapa saya kena potong sebulan dan sampai bulan berapa baru langsai.
Saya terkejut dan tak mahulah dalam slip gaji saya ada pemotongan LHDN pada setiap bulan. Apa kata taukeh Kort Memok nanti? Terus saya kol LHDN dan merayu yang saya kononya akan bayar segera sekalius. Ya saya memang membayarnya sekaligus selepas 2 hari saya dapat surat tersebut! Lega…
Dulu saya isi borang dan pos, sekarang saya membuat tafsiran menggunakan cara elektronik. Riuh jugak bila tiba time isi melalui internate ini, tapi mujurlah kawan-kawan saya ikhlas membantu saya mengisinya (sambil-sambil dapat la mereka tahu gaji saya berapa ketul, he he he).
Tadi saya ada beritahu saya kena bayar cukai sampai beribuan. Namun saya tidak perlu membayar sebanyak itu sebab majikan saya sudah awal-awal memotong cukai daripada gaji saya setiap bulan secara berjadul/berkala. Pemotongan bulanan ini saya tak faham sangat tetapi setahu saya pemotongan bulanan ini dibuat jika kita bujang dan pendapatan kita lebih dari RM2550 sebulan.
Jan: Kalau bini dua anak berdozen?

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home