10 tahun nan lalu ketika saya mula jejak kaki ke Pekan Pahang, saya membawa satu azam. Biarlah sekadar saya seorang sahaja yang tahu. Saya dan tuhan… Pada ketika itu saya berpendapat saya harus meninggalkan kampung halaman secepat mungkin sebelum hati saya rosak teruk. Dan pada ketika itu saya rela bekerja di mana sahaja, kerja apa sahaja… Kegagalan memang pedih. Bila harapan dan rasa bahagia teragut, kita hilang arah tujuan. Seolah tidak berdaya melihat esoknya... Dan ianya lebih pedih sekirannya kita lemah hati dan tidak terdaya menghadapi tamparan hidup… Kini hidup saya masih seperti bermain silangkata, masih tidak siap dan ada kotak-kotak yang kosong di sana sini… Saya ingin sekali mencari jawapannya. Saya akan selalu mengingatinya, sampai kiamat…
No comments:
Post a Comment