Kebiasaan kewangan yang saya maksudkan ialah tabiat berbelanja kita seharian, semingguan, sebulanan dan setahuan. Tabiat berbelanja inilah yang mampu menjadikan kita/saya dibelenggu masalah kewangan. Manusia dibentuk oleh kebiasaan-kebiasaannya. Maksud saya perkara biasa yang dia lakukan membentuk tingkah laku yang berkekalan untuk sekalian lamanya.
Pertamanya ingin saya beritahu bacalah gajah rimau pun tetapi jika kita tidak mengambil tindakan ke atas bacaan/semangat kita tersebut akhirnya tinggallah hangat-hangat tahi ayam saja. Kedua saya mengakui, saya pun 2 x 5. He he he.
Molek benarlah kita senaraikan 5 azam baru kita sembena 2010 iaitu menghapus 5 kebiasaan kewangan kita yang buruk. Berikut ini saya ingin perturunkan (amboi macam nak ajar ilmu dari dalam gua pulak) 5 kebiasaan kewangan buruk dan fikirlah sendiri bagaimana nak mengatasinya:
1 Membiasakan diri membuat pembelian menggunakan kad kredit.
Harus diingat dalam kad tersebut bukannya ada duit kita. Dalam kad tersebut ada keupayaan kita untuk berhutang. Sekarang senang nak dapat kad kredit, pergilah pusat beli belah mereka mendesak memujuk ria untuk kita dapatkan kad mereka.
Kita pulak kebiasaannya membayar minimanya sahaja setiap bulan dan kebiasaannya pembelian kita akan bertambah.
2 Membiasakan diri membeli barangan yang boleh bayar bulan
Jenis kita ni pantang melihat barang yang boleh dihutangi. Bila kita dengar bayar 10 kali, kita rasa nak luruh jantung dan hampir hilang akal. Terus kita sambar 2 set koning ware tersebut, he he he.
3. Membiasakan diri mendapat defisit setiap bulan
Membelanjakan wang melebihi pendapatan yang diterima adalah satu kebiasaan buruk yang menyebabkan kita masuk lubang. Dan mula gali lubang lain untuk tutup lubang tersebut. Eh macam biasa je saya lakukannya, he he he.
4. Membiasakan diri nampak lebih daripada jiran.
5. Membiasakan diri ke tempat membeli belah!
Tak ramai daripada kita yang boleh menahan diri apabila pergi ke pusat beli belalah. Dan tak sedikit daripada kita yang kononnya pergi nak window shoping, balik-balik kiri kanan pegang plastik barang-barang yang dibeli bukan tingkap sahaja, malah pintu, almari dan sebagainya.
Rasanya banyak lagi kebiasaan kita yang kita tak sedar kan?
Jan: Memang tak sedar pun...
No comments:
Post a Comment