Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, January 17, 2011

"it wasn't raining when Noah built the ark"...

Memanglah bila sudah tersepit baru kita rasa terdesak. Kita tidak tahu hari mendatang macam mana. Kita mungkin hidapi penyakit kronik, lahir anak cacat, diceraikan tepi longkang atau perniagaan kita sudah mencapai taraf boleh gulung tikar.
Kadang-kadang ada baiknya rasa takut. Rasa takut untuk susah. Saya terlewat untuk memiliki rasa kesedaran dalam merancangan kewangan peribadi yang lebih teliti. Sepatutnya ia bermula dengan teliti semasa saya baru mula bekerja lagi. Namun sahabat baik saya beritahu baiklah terlewat sedar dan lakukan sesuatu berbanding dengan awal sedar tapi tak lakukan sesuatu.
Persoalan pertama adalah, bagaimana hendak menabung jika perbelanjaan melebihi pendapatan? Kalau defisit tentulah defisit juga.
Jika kewangan peribadi kita parah. Kita tentulah tidak boleh menabung dulu. Kita kena langsaikan hutang dan berjimat ke atas setiap sen perbelanjaan kita. Kita kena baiki defisit kita dengan melihat perbelanjaan bulanan kita yang ada di antaranya tidak patut dilakukan. Kita melihat apa yang boleh kita kurangkan?
Merujuk kepada kebanyakan kita, pastilah ada sesuatu yang boleh kita kurangkan sehinggalah kita boleh mencapai status penabung. Buat masa ni jauh garam daripada kunyit. Metaforanya kita kena rebus sahaja ikan tersebut. Jangan sedih kerana apabila kita makan ikan rebus tersebut sebenarnya kita menjaga kesihatan kita selain kesihatan poket kita.
Di sini saya perturunkan resepi masak Ikan rebus: (Sumber: Majalah Jelita Mac 1992)

Bahan-Bahan:


3 ekor ikan selar kuning
1/2 ikat daun kesum
1/2 biji nanas, dipotong mengikut suka hati
Sedikit gula dan garam

Air paip secukupnya
Bahan-bahan dikisar:
3 tangkai cili merah
3 biji bawang merah
1/2 sm halia
1/2 sm kunyit hidup
sedikit belacan kalau tak resedung


Cara:


Satukan bahan-bahan kisar dan air di dalam periuk. Masak hingga mendidih baru masukkan ikan, daun kesum, nanas, gula dan garam. Kacau hingga rata. Apabila cukup masak baru angkat.


Kembali ke tajuk posting, sekali lagi kita tidak tahu hari yang mendatang akan datang dalam bentuk mana? Cara mana. Ada sahabat saya memberitahu saya kita tak boleh fikir sangat pasal duit ni, nanti tak enjoy hidup... Ada kebenaran juga dalam kata-katanya namun apa-apa pun sebelum susahlah kita perlu menabung.




Jan: Yang pasti kita kena berjimat dahulu untuk kita menabung... Berjimat untuk menabung sebab bayangkanlah apa yang akan terjadi pada masa depan...kita mungkin tak cukup duit seumur hidup.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home