Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, January 7, 2011

Air mata di Kuala Lumpur

Hari pertama saya menjejakkan kaki ke Universiti Malaya, saya merasa sangat berdebar berbanding senang hati. Paling membuatkan saya takut adalah tinggal di asrama. Seumur hidup saya tidak pernah tinggal di asrama. Dan saya banyak dengar cerita yang buruk berlaku di asrama.
Sesampai di Kolej Kediaman Kelima Universiti Malaya, saya mengikuti ayah saya daripada belakang dengan memegang baldi dan hanger. Kami menuju ke meja pendaftaran. Sebelum sampai di meja pendaftaran saya nampak ayah saya menanggalkan jam tangannya lalu dimasukan ke dalam poket seluarnya, begitu juga dia menanggalkan cincin dijarinya. Mulanya saya tidak faham mengapa ayah saya bersikap sedemikian.
Tiba di meja pendaftaran ayah saya berkata:
"Pak cik tak cukup duit nak daftar anak pak cik ni. Semalam pun kami tidur di surau. Kami orang susah, kami datang jauh dari Besut naik bas. Kalau tak boleh daftar pak cik dan anak pak cik nak baliklah semula… Boleh tak pak cik bayar sikit dulu yuran yang penting2 saja?
Saya tengok muka ayah saya yang nampak `susah hati'. Saya tengok pula muka abang di meja pendaftaran tersebut, mukanya jadi serba salah. Abang tadi kemudiannya bangun dan pergi ke arah seseorang yang sibuk berdiri memerhati di meja-meja pendaftaran. Saya tengok mereka berbincang sesuatu. Tiba-tiba lelaki yang sibuk tersebut datang semula ke meja bersama dengan pemuda serba salah tadi.
"Pak cik datang dari mana tadi? tak apa jangan bimbang, anak pakcik boleh daftar. Pak cik boleh bayar berapa dulu...? " Tanya lelaki sibuk tersebut berbudi bahasa. Mungkin ketua pendaftar barangkali.
Ayah saya terus bercakap dengan lelaki tersebut dan ayah saya serahkan RM400 kepada pemuda tadi.
Selepas itu saya dan ayah saya mencari bilik saya di tingkat 3. Saya ambil baju dari kereta dan masuk dalam bilik tersebut. Dalam bilik tersebut sudah ada roomate saya. Dia ada duduk di katilnya. Saya bersalam dan duduk letak barang-barang sekejap.
Ayah saya hulur sedikit duit lagi kepada saya. Saya diberitahu oleh ayah jika tak ada duit taliponlah ke rumah. Dia beritahu dia bayar yuran sedikit saja tadi kerana nak memastikan saya ada duit tunai yang banyak di tangan untuk memberi semangat dan menyenangkan saya menyesuaikan diri di tempat baru.
Saya kemudiannya menghantar ayah saya ke tempat letak kereta. Kemudian saya minta diri kerana saya kena cepat-cepat naik ke atas bukit untuk perjumpaan semua pelajar sempena minggu orentasi.
Semasa saya menaiki bukit tersebut, air mata saya menitis...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home