Bila sampai ke segmen berita isteri muda tetak isteri tua, saya ngeri nak tengok, lalu saya ke dapur buat air. Sengaja saya berlama di dapur agar bila saya ke ruang tamu berita tersebut sudah selesai...
Dulu saya melihat berita yang ganas-ganas ni, terutama kemalangan jalanraya yang teruk. Namun kini saya merasa ngeri dengan hanya mendengar berita. Saya semakin tua kot?
Tentu sepanjang hidup Siti Aminah Hanapi, 50, dia tidak menduga bahawa beliau akan ditetak. Ditetak oleh madunya sendiri. Dan mungkin juga semasa akad nikah dahulu dia juga tidak terlintas untuk hidup bermadu.
Saya tak nak ulas kejadian ini, ia di bawah siasatan polis...
Saya tak tahu mengapa orang panggil bermadu. Bunyinya macam best tetapi apa yang terjadi di sekeliling saya, tidak pulak menunjukan kebestannya kecuali seringkali porak peranda. Walaupun sebenarnya ada yang mendapat the beauty of bermadu, berapa kerat yang dapat? dan jenis orang macam mana?
Kadang-kadang bagus juga bercerai dan masing-masing boleh bina hidup baru, pandang dunia yang luas. Walaupun cerai tidak disukai tuhan tetapi tidak diharamkan. Mungkin kerana terdapat banyak unsur negatif dalam proses pengekalan perkahwinan tersebut yang akhirnya boleh membawa kesangsaraan... atau kematian?
Jan: Pernah baca seorang ahli agama beritahu rakyat negara kita ramai yang tak bahagia sebab kadar penceraian tinggi...betul ke indikator tersebut? he he he.
No comments:
Post a Comment