Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 2, 2010

Saya naik angin!

" Memang awak dibayar gaji untuk sibuk", laju je kata-kata tersebut keluar daripada mulut saya. Saya geram betul. Saya tak sangka kata-kata tersebut terkeluar laju daripada mulut saya yang lebar ni...(seorang pemuda yang selama ini nak marahkan kucing pun tak terdaya, nak bunuh lalat pun tak berani... tak gamak, bawak kereta pun 50km sejam, berjalan pun ikut arah tiupan angin laut China Selatan...).
Saya memang kol dia untuk dapatkan khidmat, dah sebulan lebih urusan ni berpanjangan. Urusan yang saya rasa boleh selesai dalam masa sehari! Dan dah dua kali saya fax surat yang diminta dan dalam surat tersebut jelas tersuluh apa kemahuan saya. Saya fax sebab dia minta. Saya bukan nak memandai menggesa orang kerja.
Dan sebenarnya bila dia menjawab panggilan daripada saya, dia kena utamakan saya. Sebelum ini dia juga yang urus kes saya, dan setiap di akhir urusan tiada apa-apa yang konkrit yang dapat dicapai kata sepakat kecuali saya kena tunggu dan tunggu. Jauh di sudut hati saya tak puas hati... tetapi pada masa tu saya tak naik angin lagi, saya diam dan sabar jea...
Saya berfikiran, seharusnyalah dia kena pastikan pelanggan berpuashati sebab dia di bahagian khidmat pelanggang. Dan kalau tak penting saya tak kol, banyak kerja lain lagi saya nak buat atas muka bumi ni...(amboi sikit punya marah daa...). Tiba-tiba pulak di pertengahan urusan dia kata dia sibuk dan ada pelanggan, sedangkan urusan saya tak selesai lagi. Dia beri pulak no talipon baru di Cawangan Kuala Terengganu suruh saya sendiri kol. Bila saya tanya saya kena bercakap dengan siapa di sana? Dia jawab tak tahu. Sepatutnya dia yang kol dan jalankan urusan tersebut bagi pihak saya.
Bila dia beritahu dia sibuk kerana ada pelanggan, saya terus laju menjawab " Saya ni bukan pelanggang ke?''. Terkeluar lagi sikap bongkak dan sombong saya... saya bukan enjoy sangat guna tone menyindir ni tapi kalau sesiapa berada dalam kasut saya, tahulah macam mana porak perandanya hidup saya dalam kes ini, sebulan lebih. Saya hampir terbabas bawak kereta memikirkannya.
" Saya ni bukannya bodoh, saya catat dan ingat setiap awak kata. Saya ada bukti awak bukan pekerja yang cekap. Saya ni pensyarah ekonomi, saya tahu bagaimana bangking system, bagaimana bank beroperasi. Kalau orang kampung macam manalah awak layan mereka ya? Saya tambah berani, saya kuatkan sikit suara. Saya garaukan sedikit macam penjahat dalam drama-drama swasta Melayu yang mahu memperkosa gadis. Sebab saya memang ada bukti apa yang dia cakap tu sangat salah, dia tak buat homework untuk kes saya, dia merendahkan pelanggang dan menampakan sangat dia tak buat kerja.
Jangan buat kerja senang jadi susah, jangan buat kerja yang patut cepat jadi lambat... Saya tahu pasal bank. Saya mampu ajar subjek Money and banking. Ramai kawan-kawan saya kerja pegawai di bank dan kawan rapat saya adalah seorang manager bank!.
Tolonglah jangan layan saya macam saya ni tak tahu langsung pasal bank.
Jan: Cara bercakap dalam kerja kena betul, kena ada ilmu tentang kerja kita, kena selami masalah yang bermukim dalam kepala otak pelanggang kita!.

4 comments:

uj said...

ni mesti pasal akaun en jan yang dalam bank.. negatif tu kan?... bank yang berhutang dengan en jan kan?

Abah Mui'zz said...

Apa hasil dari perbualan tu Mang? Dia buat ke tidak apa yg dia patut buat tu?

p/s: aku suka ayat2 ko pada mamat tu.

M said...

wah....syabas...;)

tUn_PeTiMaH said...

Uishh..bekkeng gok mung ni skimang...dasat2...hihihi..

~ Peace No War ~

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home