Pernah tak rasa pendapatan kita sebagai laki bini tak cukup? Pernah tak nak makan pun kita pinjam duit mak bapak? Duit kawan-kawan? Pernah tak lihat orang lain laki bini kerja `gitu-gitu' je gajinya, tapi mereka tak pulak meminjam kerana tak cukup duit? Nampak bahagia je hidup, ke mereka berlakon?
Pernah tak kita berlakon pendapatan kita cukup? Kalau jawapannya banyak yang `pernah', maka adalah sesuatu yang TAK KENA, yang KENA kita baiki.
Bukan semua orang boleh zuhud dengan segala yang ada. Tidak semua orang boleh bersabar. Dan banyak orang memang suka berbelanja, he he he. Saya pun macam itu jugak, maksud saya selalu jugak salah berbelanja. Konsep salah berbelanja ini saya cipta sendiri untuk diri saya sendiri. Salah berbelanja bermakna kita tak patut pun beli barang tersebut, he he he.
Isirumah saya hanya saya seorang. Bermakna pendapatan saya seratus peratus saya yang sumbangkan. Bagi laki bini pula, pendapatan isirumah adalah jumlah terkumpul apabila kita campurkan pendapatan daripada laki dan bini tersebut. Katalah dapat RM3K atau RM4K setiap bulan. Cukupkah?
Dan dengan RM4K setiap bulan, dan hidup di bandar seperti d iKuantan contohnya, adakah cukup? Dan katalah ada anak 4 yang sedang bersekolah. Cukupkah? Penulisan ini bukan bertujuan mencari jawapan tetapi menimbulkan persoalan...(pulak dah).
Oleh kerana kita orang bukan berniaga maka pendapatan kita tetap. Bila dapat gaji kita seharusnyalah menolak hutang rumah dan kereta secara tetap dan tak tertangguh. Hutang rumah dan kereta adalah perkara yang utama mesti dilangsaikan.
Kalau tak bayar rumah macam mana? tentu rumah kena sitar/gendang/lelong, kita nak duduk di mana anak bini? Kalau tak ada duit beli baju kita masih boleh berbogel di dalam rumah, cuba bayangkan jika tiada rumah? (bayangkan tak ada rumah, bukannya tak ada baju...). Balik kerja kita nak duduk kat mana? Nak letak anak bini kat mana?
Sekoyang-koyang hari tu kawan saya kol nak pinjam duit sebab rumah dia nak kena lelong. Bukan sebulan dua dia tak bayar rumah tersebut tetapi berbulan-bulan. Dan bukan seribu dua dia nak pinjam duit saya. Bini dia yang berkerja di salah sebuah pejabat kerajaan juga merayu-rayu pada saya walaupun saya tak pernah kenal dia... (kita mungkin terperanjat bila fikir perkara yang kita sanggup buat bila kita tak ada duit).
Saya beritahu secara jujur yang LCD saya beli pun hutang, masuk pembayaran ke dalam kad kredit saya tiap bulan. Saya tak ada duit. Saya tahu mati hidup balik pun dia tak akan percaya yang saya tak ada duit. Saya beritahu dia, rumah campur kereta pun saya dah kena bayar lebih RM2K setiap bulan... Saya nasihatkan dia jangan gelabah sebab bank nak lelong pun makan masa 3, 4 tahun, dia ada masa lagi nak cari duit. Walaupun saya tahu kat mana laaaa dia nak cari...
Pasal kereta? Oleh sebab kita tak berduit, kita anggap je kenderaan kita ni sebagai keperluan untuk kita ke tempat kerja, antar bini dan anak-anak ke sekolah. Itu jea status kita. Kalau nak rugged sangat tepek je stiker murah kumpulan KISS biar nampak rock.
Kita beli kereta dengan kadar kita. Kita bayar secara tetap kepada bank. Bila kawan kita beli Toyota Mark X, kita janganlah tiba-tiba gatal nak up gradekan kereta kita... (tapi memang molek kalau nak cari awek, he he he. Tapi dengan duit dua kupang berbaki tu masih lagi ke kita nak cari awek? Masih, masih dan masih... Pang...2 kali ke pipi kita sendiri...)
Sebenarnya pendapatan kita tak banyak tapi kehendak kita banyak sangat tak terhad. Semua kita nak. Kita ingat orang pengsang saja yang tak sedar diri, rupanya orang yang tak pengsang pun tak sedar diri...he he he.
Jan: saya tersinggung dengan apa yang saya tulis...tahun depan saya akan berhemah!
1 comment:
Saya cuma nak cakap yang masalah wang tidak terhad kepada mereka yang berpendapatan rendah. Yang berpendapatan tinggi pun terperangkap dalam gaya hidup kosmopolitan kerana mereka mesti jaga imej sebagai profesional kelas tinggi. Contoh: Gaji saya RM27k, lepas tolak cukai dan KWSP tinggal gaji bersih RM 19k, tolak hutang kereta Mercedes + Nissan Teana RM5k, tolak hutang rumah RM 6k, tolak belanja rumah RM 5k, tolak handbag+baju+kasut anak bini RM 3 k. Apa lagi yang tinggal...habis semuanya. Itu pun nasib baik sebab duit minyak, holiday, telefon - company yang bayar. Kalau tidak pasti gaji tak cukup. Sebab tu orang macam saya marah bila kena bayar cukai pendapatan RM 6.5k tiap-tiap bulan, sedangkan belanja diri sendiri pun tak cukup.
Post a Comment