Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 28, 2010

Kesulitan untuk menerima realiti

Penafian diri adalah suatu penyakit yang amat serius. Ia berkaitan dengan emosi. Payah untuk mendapatkan ubatnya, tak ada terjual di farmasi. Hakikat memang pahit untuk ditelan namun jika kita terus kemam di mulut, kita tak boleh bernafas dengan sejahtera!
Kita buat penafian di dalam hati yang kewangan kita ok, kita membeli macam biasa, kita buat-buat biasa... Kita tidak sedar yang kita sedang menimbus diri...


Langkah pertama
Langkah pertama ialah mengaku yang kita bukan di ambang kesusahan, tetapi telah terjun ke dalam lubang kesusahan (langkah yang paling payah). Ya kita berada di dalam lubang kesusahan tersebut. Kita telah menguruskan kewangan peribadi kita dengan buruk kerana kita bersikap buruk. Kita kena akui.


Kita kena mengundur
Bukan 6 tapak, tetapi mungkin kita kena berundur 10 tapak. Kita mesti bersabar dan kurangkan perbelanjaan kita walaupun sekecil mana. Contohnya, termasuk jimatkan elektrik dan hadkan perjalanan kereta kecuali untuk pergi kerja.


Mampukah kita? Kawan saya yang minum milo (supaya tidak lapar) memberitahu kita tiada pilihan, kita terpaksa. Kita terpaksa buat untuk menyelamatkan diri kita sendiri. Sebelum ianya memusnahkan keseluruhan hidup kita. Katanya beria-ia...


Bukan slip gaji punya angkara
Kita tidak boleh sama sekali salahkan jumlah nombor yang tertera di slip gaji kita. Kita harus ingat gaji yang kecil jika diuruskan dengan baik (membelanjakan kepada keperluan pada taraf kita), ia akan membawa kemakmuran.
Pendapatan berjuta pun kita masih boleh jadi muflis atau bangkarap...bukan tak pernah kita dengar cerita sebegini...kan?.



Tambahkan ilmu
Jangan jadikan alasan bahawa kita kekurangan pengetahuan untuk menguruskan kewangan peribadi (sebab tak diajar di sekolah). Dewasa ini kita boleh mempelajarinya daripada buku, majalah, suratkhabar, dan internate. Kita juga boleh mempelajarinya dengan sama-sama berbincang dengan kawan-kawan kita dengan ikhlas dan terbuka.
Kita mahu bahagia!


Bagaimana dengan misi hidup kita 2011 nanti? Apa nilai yang kita letakan pada kehidupan kita nanti? Tidakkah ia sesuatu yang berkaitan dengan duit-duit dan duit?

Molek benarlah sempena hujung tahun ni kita sama-sama mengakui yang kita sebenarnya dah lama berada di dalam lubang kesusahan itu dan kita ambil semangat tahun baru orang putih ini untuk berubah. Dulu azam kita nak berdiet, apa salahnya kalau azam tahun baru ini kita nak berjimat?


Cabaran...


Mungkin bila kita beritahu kawan-kawan kita nak berjimat, mereka berguling ketawakan kita sebab rekod kita memang juara dalam membeli belah ni... Jangan hiraukan mereka kerana kita telah menerima realiti tersebut. Realiti yang kita memang boros...bukan gaji yang tidak cukup! Nafsu membeli kita yang tak pernah nak cukup!

Jan: Dan kita mesti ingat barang di kedai selalu melambai kita, ya kebanyakan daripadanya kita tak perlu pun!Huh!

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home