Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, December 8, 2010

kerana saya sangat bagus...

Saya kena terima hakikat. Bukan kerana sudah sampai masanya. Bukan kerana sepatutnya begitu (sepatutnya seorang manusia terima takdir? he he he). Bukan kerana saya redha atas apa yang berlaku. Bukan kerana hati saya sudah tenang...bukan! bukan! dan bukan!
Saya kena bangun. Betul-betul bangun pandang dunia yang luas...Huh!. KERANA? Kerana saya bagus! He he he... kerana saya sangat bagus...
Emak saya sms saya beritahu yang dia sudah pergi jumpa tok guru (guru agama) di kampung untuk sembahyang hajat supaya hidup saya terurus. He he he. Mak saya bertemankan kawan baik dia ke rumah tok guru tersebut. Dan mak saya kata tok guru/tok iman tu akan sembahyang hajat untuk saya tiap-tiap malam...he he he.
Saya rasa tak ada apa-apa yang tak kena dengan diri saya. Cuma dah setahun saya tak beli tupperware, dah setahun saya tak masak, dah setahun saya merokok dengan tegarnya... saya okey jea. Orang lain yang tak okey kot, he he he...
Mungkin mak saya tengok bilik tidur saya, dapur saya atau bilik air saya. Itu semua kerana saya sibuk, tak sempat berkemas. Malas. Dah berbulan tak kemas. Saya sibuk. Kalau minum pun ambil gelas dalam sink basuh dan minum (minum air dari paip sink), he he he.
Atau kerana saya suka termenung. Memanglah saya suka termenung sebab bila termenunglah otak jalan sikit... saya nak buat novel tajuk `puaka!, kau jahanam 18 kali!!!'
Atau kerana anak saudara-anak saudara saya beritahu saya dah tak `fun' macam dulu? He he he. Ah jangan bimbanglah...mungkin di hadapan saya ada rahmat menunggu, ada rahmat...
he he he, besar. Sebesar dunia...
Cuti maal hijrah tersebut, saya pun berhijrah jugak... Saya mula kemas rumah (tapi tak cukup sehari, rumah macam store... tapi nak buat kek dan tom yam, saya dah lupa caranya...he he he. tapi hidup kan macam roda....(orang kata)...tak kanlah saya nak ok 24 jam sepanjang hayat. He he he.
Jan: kepada tok iman tersebut, saya tak apa-apa pun...(i'm okey, but, just do your job, he he he) hu hu hu.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home