Minggu hadapan Semester 1, Academic year 2010/2011 akan bermula. Semester hadapan berbeza sedikit kerana saya dikehendaki mengajar subjek baru. Khabarnya saya menggantikan seorang kawan yang beranak pinak.
Sesekali fikir, pelik juga walaupun dah 15 tahun bergelumang dengan dunia pendidikan tetapi sentiasa ada subjek baru yang hendak diajar. Tahu sahajalah bila terima subjek baru banyak yang kita kena bersedia. Kita kena semakin banyak membaca lebih daripada pelajar. Apa-apa pun saya bersikap positif kerana itu menandakan saya `bergerak' ke hadapan. Lagipun saya harus bersikap positif kerana ramai pelajar bergantung kepada saya. Saya harus tunaikan tanggungjawab yang diberikan oleh ketua jabatan sedaya upaya.
Menyentuh soal sikap penerimaan terhadap subjek baru, daripada dulu saya cuba bersikap positif di mana saya akan cuba. Suatu ketika dahulu, setiapkali menghadiri temuduga selalu saya tekankan saya akan cuba sedaya upaya dan boleh mengajar banyak subjek dalam bidang ekonomi (kecuali yang terlalu banyak pengiraan, he he he). Dan untuk subjek lain di luar bidang, saya tidak akan menerimanya walaupun subjek agama (he he he, walaupun tiada pengiraan). Kadang-kadang kita tidak tahu sesuatu yang baru itulah akan membawa kepada perubahan yang positif. Kalau kita statik sukar untuk kita ke mana-mana. Masih saya ingat lagi semasa menjadi pensyarah di Kolej Shahputra Pekan, apabila ramai pensyarah lain menolak untuk mengajar subjek Ekonomi Malaysia untuk programe UNITAR, saya rela ambil subjek itu dengan senang hati. Terima dan rela atas alasan ingin mencuba (dan atas alasan tak banyak matematik, he he he). Dan nak dijadikan cerita, 5 tahun kemudiannya apabila UNITEN mahukan pensyarah Ekonomi Malaysia, saya terpilih untuk memenuhinya kerana ada pengalaman mengajar subjek tersebut. Alhamdulilah, Allah maha besar ...(unsur agama). Namun tidak dalam semua perkara saya berani untuk mencuba dan hadapinya... Hanya dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja. Sekian. Jan: masih tidak berani untuk cuba bercinta lagi...
4 comments:
heheehe..
xpe sama2 la kita belajar...walaupun status kita adalah sebagai seorang pengajar:)
ya betul tu citit... memang kena belajar bila nak mengajar. kita belajar sepanjang hayat...
kite sentiasa belajar kerana mahu mengajar dan juga mengajar diri sendiri untuk belajar dan mengajar...erkkk
kita jgn patah semangat untuk belajar... patah pokok xpe boleh tanam lain.
Post a Comment