Kalau kita hidup berjiran kita kenalah tahu hak jiran ke atas kita. Kita kena ambil tahu akan kemungkinan perasaannya. Kita tidak boleh sewenangnya pentingkan diri. Jiran di hadapan, di sebelah atau di belakang rumah kita itu juga hidupan pintar tahap 5 seperti kita, dia pun ada perasaan. Namun ambil tahu bukannya galak nak tahu semua hal peribadi tetapi ambil tahu haknya sebagai jiran terhadap kita.
Apabila tinggal di kawasan perumahan tentulah hak-hak ini semakin dituntut. Kalau tidak buatlah rumah kita sebijik atas bukit jauh daripada orang ramai atau buat rumah di dalam hutan, berjiran dengan tapir...sebab sebagai manusia kita kena ambil berat terhadap sesuatu apabila hidup berjiran, iaitu:
Pertama sekali kebersihan. Kita kenalah jaga kebersihan rumah kita terutama laman kita. Dalam rumah kita lantaklah kita nak buat macam mana tetapi di bahagian luar kita kenalah juga menjaganya. Di sekeliling rumah kita ada hidupan lain (jiran kita).
Janganlah pelihara lalang atau semak belukar kerana dikhuatiri jadi tempat kala jengking atau lipan yang mungkin merayap masuk ke laman rumah jiran kita. nanti ada ular pulak yang tersembunyi main cak ku cak di laman kita. Paling dasyat kita bela nyamuk aides, selisih malaikat 46!.
Dan janganlah selamba lepar bungkusan maggie, minyak masak kotor dan kaca pecah ke laman orang!. Orang kampung pun dah tak buat perangai begitu. Kesian laman jiran kita yang ditanami manggis dan rumput tersebut. Walaupun dia tidak tinggal di rumah tersebut dan hanya datang sekali sekala hujung minggu sahaja tetapi itu bukan tiket untuk kita lakukan tabiat buruk kita. Kalau gatal sangat nak buang, buang saja di halaman sendiri.
Kedua mengenai hak bersama...Pagar rumah memang dikongsi kiri kanan dan pagar di belakang juga. Maka status pagar tersebut bukannya milik abadi masing-masing hingga ke hujung nyawa. Janganlah pagar tersebut dibuat tempat sidai kain, sakit mata memandang. Sebenarnya ada dijual tempat sidai kain kat kedai, ada yang siap beroda. Alah tak kan lah tak mampu beli sedangkan rumah mampu direnovek dan ada miliki beberapa buah kereta. hakikatnya, walaupun tak banyak untung dari segi material, tak ada ruginya jika kita berbaik sesama jiran. Berbaik bukan bermakna kena akrab atau bertepok tampar tetapi menghormati haknya. Kalau kita selalu pentingkan diri, kalau terjadi apa-apa jiran kita tak akan bertolak ansur lagi dengan kita.

Dan ingat jiran kita itu walaupun tidak berkahwin beliau mungkin seorang yang sangat menjaga kebersihan dan pencari kesempurnaan hidup. Dan nanti apabila beliau membina tembok setinggi 8 kaki di sekeliling rumahnya... janganlah pula tuduh dia tak nak berjiran kononnya. Huh!
Jan: Teringat kes seorang pensyarah/penceramah agama (kini ahli politik) yang menyaman jiran kerana kematian rumput karpet yang disayanginya...

2 comments:
suki.. bab buang2 smpah dlm umah jiran tu, sy stuju sgt. Bila masa kita makan gule2, choki2, mamee beria2.. balik2 dh ada sebek dkt umah kita.. Then, parking. Tumpang kejap takpe. Tpi, kalau dah masuk kwsn and nyusahkan kita nk park, hadu.. guane nok kabor.. phm2 sdiri je la
tpi sya memang x bleh terima akal kalu bab buang sampah ke laman org ni. ari tu brdarah tangan sya (sikit je tapi...) sbab kutip kaca lampu kalimantang yg pecah. sedap je dia campak ke laman saya... punya la teruk minda, cap jenis apa la...
Post a Comment