Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 26, 2010

Ya, saya bujang tua...

" uwekkkkkkkk.................kalau ramai tergila kat awak...dah khawin pun awak tu....tapi hampeh....bujang tua sampai skrg..."
Saya mempunyai pendapat yang berlainan dalam soal di atas. Bagi saya tidak semestinya orang yang tidak berkahwin itu mengambarkan bahawa mereka tak ada market langsung, mungkin ada market tapi jodoh tak sampai. Mungkin apa yang terjadi rahsia tuhan, dan ada seribu kemungkinan lain.
Pengalaman saya sendiri, ramai juga orang yang nak kan saya...he he he. Maka saya pun tak jawab apa-apalah bila dia kata begitu sebab pernyataan itu salah pada asasnya lagi, he he he. Tapi saya ikhlas buat pernyataan sebelum itu yang ramai nak kan saya, perkara yang sama berlaku di tempat kerja dulu.
Dan demi allah (unsur agama sempena dekat nak bulan ramadhan, puasa yang lalu dah ganti ke? he he he. Jangan lupa antar kat raya) ada kawan saya di tempat kerja lama beritahu dia kahwin tu bukannya dia nak sangat tetapi akibat daripada faktor usia semakin lanjut, maka dia terima je la pasangannya itu. Dan tambahnya dia beritahu sejak dia hidup sampai masuk U dan kerja, itulah seorang yang sayang kat dia. Di U tak ada pun orang nak ke dia atau pernah nak ke dia..., saya tumpang simpati walaupun atas bahu saya ni dah ada 10 guni simpati yang saya pikul, he he he.
" Dia sorang je nak ke aku man, mu tak mboh ke aku..." Katanya lebih kurang 7 tahun lalu semasa kami makan KFC kat Pekan, Pahang (dia belanja). Kesian kan...sorang tu je nak kat dia.
Maka memang tak boleh kita katakan orang yang kahwin tu orang yang laku atau ramai orang yang nak. Entah-entah yang dia kawin tu adalah satu-satunya insan di dunia fanna ini yang nak kat dia. Dan untuk pengetahuan umum dalam dunia ni ada lebih kurang 6 billion orang...
Entahlah saya berkawan dengan ramai orang yang dah kahwin maka pandangan mereka mungkin mereka simplekan...he he he.
" uwekkkkkkkk.................kalau ramai tergila kat awak...dah khawin pun awak tu....tapi hampeh....bujang tua sampai skrg.. "
Dan saya rasa menjadi bujang tua yang terkawal mungkin jauh lebih baik daripada jadi laki orang tetepi perangai tak boleh dikawal, he he he.
KESIMPULANNYA: Tak semestinya orang yang kahwin itu ramai tergilakannya...dan tak semestinya bujang tua tu hampeh di sisi allah.
Jan: Booo je lah...

3 comments:

Abah Mui'zz said...

Kahwin bukan soal ada orang nak atau tidak. Kerja Allah belaka. Ada jodoh, kawin la kita, walaupun mungkin pasangan tu terpaksa nak kat kita. Takde jodoh, tak kawin la kita, walaupun ada puluhan orang nak kat kita.

tak gitu mang?

p/s: berkahwin atau tidak, jangan terlalu berbangga dengan apa yg ada. Allah nak beri dan ambil benda, hanya dengan "Jadilah", maka jadilah ia".

uj said...

ader lg ke citer kahwin ni.. bukan ke dah stop... hmmmm

Jankaulu said...

he he he isu ni sekejap ada, sekejap tak ada. ini isu coklat...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home