Sedangkan haiwan berkerjasama...
Tetapi sikap pentingkan diri atau sifat buruk ahli organisasi akan memberikan kesusahan ke atas organisasi, akan menjadi kudis kepada organisasi dalam tempoh masa yang lama. Saya beri contoh (tentulah contoh pasal disiplin):
Katakanlah ada sekumpulan nazir mahu melawat sebuah sekolah yang kononnya ternama terbilang. Tentulah guru besar dan guru-guru menjadi lipas (kudung) menyediakan persiapan yang rapi dan awal supaya proses penaziran itu berlaku dengan lancar. Semuanya course fail, main file, teaching portfolio yang berkenaan tersedia, semua bilik darjah ceria bagai nak sambut hari jadi. Tiba-tiba atas meja guru ada vase dan ada bunga!. Hatta tukang kebun pun tiba-tiba je rajin siram pokok dan cantas dahan yang sangat tak perlu.
Semua harus bekerjasama dalam menjayakan lawatan nazir tersebut, agar laporan nazir nanti akan membuatkan guru besar akan kembang semacam.
Namun apa yang terjadi jika tiba-tiba ada kejadian apabila nazir melawat kelas, cikgu tiada di dalam kelas! Budak-budak dah siap bising, main dan berborak selamba. Kes nazir datang awal ke kelas sebelum cikgu masuk kelas inilah yang menjadi ingatan sepanjang hayat bagi organisasi sekolah tersebut.
Atas apa alasan sekalipun iannya tidak dapat diterima, lagi-lagi jika alasan itu tidak sampai ke telinga guru besar sebelum nazir sampai ke kelas, he he he.
Kesian sepatutnya sekolah tu mengekalkan kecemerlangan yang ada. Nila setitik habis selai baju putih Renoma...
Jan: sama-sama kita renungkan kot-kot kita selalu juga lewat masuk kelas, nazir memang tak ada, tapi `di atas' sana ada nampak, `nazir' yang jauh lebih hebat.
No comments:
Post a Comment