Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, June 30, 2010

Masih ingat masih setia...

Asalamualaikum, salam Satu Malaysia dan satu dunia. Terlebih dahulu saya memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNyalah kita dapat bersama-sama lagi bertemu di blog yang tidak sepertinya ini.
Penulisan gaya ala rasmi ini ditulis sempena blog ini mencapai kunjungan melebihi 30K. Saya selaku penulis blog ini dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan kata-kata penghargaan dan berterima kasih saya kepada para pengunjung.
Ramai yang masih setia dengan blog ini. Walaupun adakalanya beberapa hari tidak menulis, saya dapati blog ini masih menerima kunjungan. Mereka membaca posting lama saya...
Mengenai terus menulis? Saya juga tidak berapa pasti akan jawapannya, tetapi mungkin melalui penulisanlah saya dapat luahkan perasaan... perasaan resah gelisah saya sebagai manusia yang terkadang cerah terkadang gelap.
Pada suatu masa dahulu (memang saya akui), saya menulis dek kerna terikut-ikut dengan kawan-kawan yang ada blog. Pada masa tersebut semua orang nak ada blog dan berblog. Semua orang nak menulis termasuklah seorang makcik kantin yang saya kenali yang kini blognya sudah `mati'....
Bila kita menulis blog, kita akan dapat respon. Pernah ada yang secara diret menyarankan saya supaya berhenti menulis, katanya buat sesuatu yang lebih berfaedah dalam hidup... Beliau bercakap dalam bahasa inggeris antaranya saranan beliau selain mencarut ialah `get a life' kalau tak silap....Tetapi saya rasa setiap manusia ada `life'nya sendiri, corak rekabentuk tersendiri.
Saranannya tidak sedikit pun menjadi kudis dalam hidup saya. Suatu hari pasti saya akan berhenti menulis tetapi bukan kerana saranan orang... Nanti bila dapat duit nufnang insyallah saya akan belanja dia makan. He he he.
Saya tahu ada orang ambil peduli blog ini. Ramai yang memberikan respon yang positif terhadap kewujudan blog ini. Salah seorang pengunjung setia blog ini pernah beritahu saya perkara yang pertama beliau lakukan apabila sampai ke office dia ialah buka blog saya. Dah bertahun rutin hariannya begitu. Dia beritahu dia masih ingat dan masih setia...
Akhir sekali, sekali lagi saya ingin menyampaikan rasa berterima kasih kepada semua pembaca, dan sekali lagi memanjat syukur kepadaNya.
Jan:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati...

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home