Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, July 5, 2010

Bahasa bunga mawar...

Seumur hidup, saya tidak pernah mendapat bunga mawar sebagai hadiah. Saya juga tidak pernah menghadiahkan bunga mawar kepada sesiapa atau mana-mana pihak pun, saya bukan Mat Bunga.
Namun saya akui kedudukan tinggi bunga mawar di antara bunga-bunga lain. Bunga mawar istimewa, contohnya warna bunga mawar kononnya mewakili pelbagai perasaan yang ada dalam diri manusia. Siapa yang mula katogerikannya Allahualam...saya tak tahu.
Kompleks menjadi manusia, semuanya ada cara dan kaedah, kita tidak boleh pakai main hentam saja. Kita tidak boleh sesuka hati je beri bunga mawar kepada manusia lain...kita harus kaji situasi dan keadaan baru cari warna mawar yang sesuai, contohnya:

Mawar biru...

Katakanlah setelah lapan kali selama lapan minggu berturut-turut kita buat lawak bodoh di meja kerjanya (sambil menungkat dagu ala mancho tetapi manja di partisen) untuk mengambil hatinya. Kita pakai tai yang kena dengan kemeja, dan kita juga tak lupa wangian setiap hari namun masih tidak di pandang pun apatah lagi dilayan ala mesra.

Pada masa ini bolehlah kita give up sahaja cara gentleman. Kita persembahkan mawar unggu sebagai tanda perasaan kita. Maklumlah kita tak berharta, tak ada pelajaran tinggi, rupa pun seperti tin biskut Giant. Pendek cerita seperti melukut di tepi gantang, ada tak menambah, tak ada tak mengurang kepadanya.... Sedangkan si gadis miliki segalanya hingga nampak sangat antara kita dengan dia bak telur dengan gagak... (Gagak tu lah kita...he he he).

Sesuatu yang kita ingini tetapi tak dapat dicapai diwakili oleh warna unggu mawar tersebut. Warna unggu ini bukanlah warna original mawar tetapi hasil daripada kacukan pelbagai spesis mawar.

Mawar merah

Sesiapa yang ada kekasih atau pasangan (Kalau tak ada tu baca jelah macam selalu, he he he. Macam saya la, hu hu hu.) bolehlah berikan mawar merah sebagai tanda asmara yang bergelora, panas membara mengembara, hangat menyala di sepanjang hubungan itu.
Kalau kita jenis muka tak malu dan mahu lahirkan perasaan tersebut kita kenalah pilih warna merah tentu si penerima akan arif tentang maksud di sebaliknya. Tetapi jika si penerima jenis tak belajar atau tak baca punya orang tentu sukar... Tetapi maksud mawar merah sebagai tanda cinta yang membara budak tadika kemas pun memahaminya, inikan pula kita yang tua bangka.

Mawar merah jambu

Warna pink atau merah jambu ni pulak kononnya lambang bahagia dan ceria. Rasa syahdu berlapis kegembiraan, aman dan tenteram. Dalam masa yang sama boleh mewakili perasaan berterima kasih atau menghargai. Maka kalau seorang perempuan tiba-tiba menerima mawar warna merah jambu daripada jejaka yang handsum, jangan terus perasan ya...he he he.

Kalau kita kemalangan ditimpa lori balak, insyallah orang ramai boleh tolong angkat balak yang menindih...tetapi jika dah ditimpa perasan, tiada siapa yang dapat menolong dah...

Mawar unggu

Unggu mewakili pesona kecantikan dan kesempurnaan. Katakanlah kita ada dekat dengan kedai bunga dan ada pulak si gadis yang lalu persis macam Angelina Jolie atau Aishwarya Rai, bolehlah kita ambil yang unggu (bukannya yang merah) untuk di berikan kepada gadis tersebut (jangan lupa sertakan juga nombor handphone terbaru...yang bank tak boleh kol, he he he).
Sebabnya dalam bahasa mawar, warna unggu kononnya mewakili cinta pandang pertama (tapi mungkin kali yang ke 20 kot). Dan kemudiamnya jangan lupa beri mawar yang warna biru pulak, he he he tak kanlah dia nak ke kita kan? Kita siapa laaa sangat..


Mawar kuning

Katakanlah pada suatu petang semasa kita mahu pergi ambil bini kita di tempat kerjanya, kita nampak bini kita berbual mesra dengan seorang pemuda tepi koridor tempat kita selalu jemput dia. Pemuda itu pulak lebih tegap dan berupa berbanding kita... Sebagai suami patut benar kita hadiahkan mawar kuning kepada isteri kita (bukan pemuda tadi!) sebagai mewakili perasaan cemburu di hati. Janganlah terus sembur dan basuh bini kita kat koridor itu jugak. Mentang-mentanglah bini kita kena patuh tak bolehlah kita kata sesuka hati sebab dia pun ada perasan jugak.
Kalau kita hadiahkan mawar warna kuning ini tentu dia rasa kembang, masih dihargai dan masih diingini. Kita juga dapat membugarkan kembali perhubungan suami isteri yang semakin lesu (setelah lebih 5 tahun bersama berkelamin).

Mawar putih

Mawar putih tanda kesucian, ketulusan, hormat dan sanjungan. Ada lagu Kak Pah yang bertajuk mawar putih untuk mama. Pada hari ibu atau hari lahirnya, boleh kita berikan kepada ibu kita sebagai wakil perasaan kita terhadapnya, kalau nak lebih okey berikan bersama seuntas gelang tangan berharga RM3K lebih ke atas...he he he.

Kalau terima mawar hitam macam mana ya? Senang sahaja ada dua cara... Pertama sediakanlah sekotak tisu dan sekeping DVD tajuk `Titanic'... Kita letakan mawar hitam itu di sebelahan sofa L tempat kita duduk. Kita pasang lilin wangi dengan cahaya yangs amar-samar. Sambil layan cerita tu hayatilah kata-kata Jack, You jump, i pun jump... Tapi dalam kes cinta kita, hairan ya dua-dua dah jump kita je sorang yang lemas, he he he.

Kaedah kedua? Cari sejadah...

Mawar hitam sebenarnya mewakili kematian perasaan hati di dalam suatu perhubungan... Aduhai...


Mawar hitam

Jan: Tetap dengan seribu mawar...

2 comments:

Abah Mui'zz said...

Aku suka Lili. Hehehe. Tapi tak idup tanam depan rumah, pokok bunga raya je(dan lalang)yg tumbuh subur.

uj said...

td baru nak tanya pasal rose hitam... nasib dah jawab... tp dulu dulu ada gak orang sebut ... mawar jingga tu camne lak suki... erkkk

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home