Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, July 11, 2010

Ibu mertuaku...

Seorang kawan saya mengeluh, katanya perangai ibu mertuanya semakin tua semakin menjengkelkan. Mula dia berkahwin dan melahirkan anak pertama, sehinggalah anak sulung tersebut sudah tingkatan 5, ibu mertuanya makin menjadi-jadi.


Katanya:


Katanya ibu mertua dia nak tahu sangat gaji dia berapa rm? termasuk kenaikan pada setiap tahun. Kata kawan saya emak dia sendiri pun tak ambil tahu berapa gaji dia. Saya buat-buat mengucap pendek dan ala tergamang dan selepas itu terus suap nasi goreng USA kat kedai Taman Perumahan Indra Sempurna.


Katanya:


Katanya lagi suaminya sudah berikan duit elaun setiap bulan dengan jumlah yang banyak tetapi emak mertua dia kelihatan macam tak cukup duit sokmo. Saya tak tahu nak kata apa tapi saya tanya dia panggil emak mertua dia apa? Dia jawab `Mak'... Saya tanya pulak dia panggil mak kandung dia apa? Dia jawab ' Mak jugak. " Tapi mereka tak sama? Kalau awak sakit agak-agak mak mana yang rela jaga awak? Saya buat-buat tanya...he he he. Jahat saya.


Katanya lagi:


Katanya lagi setiap kali bertandang ke rumahnya emak mertua dia selalu periksa barang-barang di rumahnya. Kalah pegawai kastam. Mak mertua dia akan tanya itu ini dengan harganya sekali. Kalau ada yang bertambah seperti perabut ke, Tv LCD ke, terus mak mertua dia tanya sapa yang beli. Kata kawan saya kalau suami dia yang beli alamaknya suaminya kena la beli kepada emaknya satu lagi. He he he.


Katanya dia bosan sangat bila mak mertuanya datang bertandang. Dia terasakan ada pertandingan pulak... Mak mertua dia tak nak dia lebih daripadanya.


Katanya lagi:


" Alahai Mang sampai bilik tidur aku pun dia selalu masuk...! Mak aku sendiri pun tak masuk...". Sambil dia hirup kuah mee soup. Dia oder mee sup...


Katanya anak dia yang beritahu yang nenek ada menyelinap masuk dalam bilik tidurnya kononnya nak tumpang bilik mandi. Sedangkan bilik air kat ruang tamu cokoh (tersergam) ada!.


Banyak lagilah dia mengumpat pasal ibu mertuanya. Saya dengar jelah sebab dia belanja nasi goreng USA tersebut. Dan ada yang sensitif tu tak dapatlah saya menulisnya di sini sebab orang mungkin tak percaya...mati hidup balik pun tak percaya.


Bagi saya seorang mak mertua mestilah bersikap berhati-hati, janganlah campurtangan sangat dalam rumah tangga anak-anak. Nanti timbul rasa tak puas hati dalam diam. Berilah mereka peluang untuk belajar hidup. Jangan bimbang mereka dah besar panjang, dah halal bersetubuh pun. Saya malaslah nak menasihat lebih-lebih, cuma masing-masing ingatlah.


Banyak jugak yang saya dengar cerita daripada kawan-kawan lain tentang perangai aneh mak mertua mereka. Ada yang beritahu mak mertuanya selalu mintak duit, ada yang cemburu dengki dan ada kawan saya sorang tu dia mengaku dia dapat rasakan mak mertuanya tak sukakannya sebab dia la menantu yang tak graduek (tak masuk u).


Kenapa begitu ya, masyarakat kita ada juga begitu ya? Ada satu iklan di Tv tu ada lah menantu dia nak membasuh kain entah apa tetapi ibu mertua dia sibuk pulak suruh pakai sabun jenis cap lain. Alahai tak kan itu pun nak campur tangan kan? Kan? Ke kena campur?


Jan: Suka tengok cerita `Ibu Mertuaku'... Tan Sri Pramlee bijak mengupas perangai ibu mertua Melayu yang...

1 comment:

Anonymous said...

Jangan saja macam ibu mertua dalam filem P. Ramli hehe

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home