Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Thursday, December 31, 2009

Tanya jankaulu…

Salam jankaulu,

Saya baru sahaja mendirikan rumahtangga sebelum ini saya tidak pernah berkahwin. Saya mendirikan rumahtangga agak terlewat iaitu lewat usia 30an. Saya mahu bertanyakan satu soalan iaitu bolehkah sepasang suami isteri itu terlalu rapat? Kami bekerja di organisasi yang sama, tempat yang sama malah bangunan yang sama. Kami berkereta bersama ke tempat kerja, pergi ke pasar bersama-sama dan kadang kala mandi pun bersama-sama...

Kami makan tengahari bersama, kadang-kadang pergi outstation bersama. Kalau saya tidak bersamanya, biasanya dia akan sms saya untuk bertanya itu dan ini. Mungkin nak cek kot. Kalau kawan-kawan saya ajak ke mana-mana dia selalu nak mengikut je walaupun kawan tersebut lelaki. Kalau saya jumpa kawan-kan dan berbual agak lama dia mulalah sms bertanya.

Oleh kerana kami baru saja berkahwin, saya memang amat sayanginya. Namun kadang-kadang saya rasa terkongkong, dalam hati saya rasa tidak bebas seperti dulu. Sihatkah perhubungan kami ini?


Suami bingung.


Salam Suami bingung,

Berdua ke sana ke mari pagi petang, siang malam bukannya salah jika itu kehendak pasangan tersebut. Tetapi ia menjadi masalah jika ada antara pasangan tersebut merungut. Dalam kes ini, anda sebagai suami telah merungut.

Hidup macam belangkas tidak semestinya tanda erat antara satu sama lain, jauh sekali kononnya indicator kebahagiaan. Jan rasa jika anda masih berniat untuk panjangkan lagi usia perkahwinan tersebut, anda kenalah lakukan sesuatu. Jan khuatir pada suatu masa apa yang anda pendam di hati dan fikiran tersebut akan `meletup’ tanpa anda sendiri sedari. Atau anda akan `terikat’ dengan `keeratan’ tersebut selamanya.

Jan perlu ingatkan yang anda kahwini itu makhluk bernama perempuan, maka cara pemikiran tentulah tidak sama dengan lelaki. Sang suamilah yang harus bertegas dan mengajar sang isteri berfikir. Perkahwinan bukan mengenai keseronokan melakukan pelbagai posisi seks sahaja, ia mencakupi lebih daripada itu. Iaitu tanggungjawab sebagai ketua dalam rumahtangga menegur apa yang dirasakan tidak betul. Sang suami haruslah membuat keputusan dalam rumahtangga, namun dalam masa yang sama mesti juga bertolak ansur.

Jan faham lelaki memang tetap menghargai egonya dan dunianya sendiri apabila berkahwin. Tidak Jan nafikan sikap isteri yang suka `queen control’ atas segalanya memang memualkan. Anda kenalah rancang masa dengan teratur dalam pada masa yang sama juga anda harus ajar dia berdikari daripada awal perkahwinan, jika tidak anda akan semakin susah nanti...

Apa yang anda patut lakukan adalah rancang masa demi kebahagian diri anda kerana anda sebenarnya telah mula merungut di dalam hati. Begitu juga jika masih mahu berkawan rancang masa bersama kawan-kawan. Kalau tidak, tidak mustahil kawan akan jauhkan diri daripada anda.

Dan sekali Jan ingatkan sebagai manusia kita juga perlukan masa untuk diri kita sendiri dalam kehidupan kita. Maksudnya masa untuk kita guna untuk diri kita, belai diri kita. Kita nak tungang terbalik pun ikut kitalah. Dan ingat sekali lagi sebagai lelaki tanggungjawab kita bukannya terhadap isteri dan anak-anak sahaja. Ia mencakupi kawan-kawan, jiran dan masyarakat kerana lelaki adalah khalifah di muka bumi.

Jan berpendapat lebih baiklah berjauhan dan tak ngerap sangat tetapi di dalam hati kita rasa nak bersamanya, daripada yang anda rasa iaitu duduk dekat bersama hampir 24 jam tetapi dalam hati rasa rimas nak bebas (berjauhan), he he he.

Jan: ...you can get a husband/wife but if `wrong style’ (salah gaya) you will forever become a slave in your own house, your own bed… he he he, huh!

4 comments:

sal said...

for me..pasangan yg terlalu rapat itu normal.pasangan baru kan.walaubagaimanapun suami&isteri kena berterus terang dan berbincang jika ada sesuatu perkara yg tidak disukai. Jangan pendam perasaan itu kerana pasangan akan merasa tertekan dan mengelakkan daripada perasaan tidak berpuas hati.kena telus.5 tahun pertama perkahwinan adalah pringkat di mana pasangan mencari penyesuaian diri.Jika dapat melaluinya dengan baik maka perasaan sayang akan bertambah.selepas ada anak si isteri akan memberi tumpuan kpd anak kadangkala melebihi suami..

Jankaulu said...

thanks sal, berkongsi pengetahuan. Tapi nak telus tu la susah...

anis said...

kalu tlalu rapat pon rimas gak kan... sbb we need to hav our own time -alone@ only with friends ajer... my opinion,kt harus bg kbebasan n klapangan kpd pasangan masing2 tp jgn smpai mlampaui batas,ade limit...cth minum kt luar ngan member2 berjam2 lame nya...he..he..he..tk boleh la gitu kan...sbb kt bukan bujang lg..stakat nk kuar sejam dua n main bola @ futsal should be no prob...

Jankaulu said...

he he he, saya nak keluar 8 jam pun tak ada orang nak hiraukan, tak ada orang nak ambil tahu...he he he hu hu hu, (sedih pulak rasa terbiar bebas tapi sepi...).

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home