Emak saya kata jika seorang itu tidak tegas sukarlah dia berjaya dalam hidup. Sukar nak tanamkan disiplin. Emak saya rujukan golongan ini sebagai golongan orang yang ber`hati daun kayu…’. senang ikut arah mana angin bertiup... Dan akhirnya mereka ini banyak mengalami kepayahan dalam hidup.
TEGAS TERHADAP DIRI
Oleh sebab itu saya cuba sematkan sifat tegas dalam diri kerana saya bukanlah seorang yang boleh dikatogerikan sebagai tegas. Kadang-kadang saya tidak mengikuti apa yang saya sendiri gariskan, tidak amalkan apa yang sepatutnya dijadikan amalan.
Contoh 1. Saya selalu ubah keputusan dengan tiba-tiba. Mulanya rancang nak memandu seorang diri makan angin ke Kuala Romping sambil dengar lagu dari CD Anita Sarawak. Saya nak dengar lagu `Logamaya Cinta'.... Bila memandu perlahan sambil layan lagu, rasa mewah je... Tetapi tiba-tiba je pada hari sabtu yang tenang itu saya turutkan hati memandu sendirian ke Bandar Tun Razak sambil menyapu air hidung (konon selsema) bila acap kali dengar lagu `Seribu Mawar' yang saya ulang dengar( banyak kali daripada CD Datuk Sharifah Aini).
Contoh 2: Saya kena pastikan kekemasan rumah. saya mesti balik dan dapati rumah macam hotel, bersih dan nyaman. Tetapi saya tidaklah 24 jam terurus, kadang-kadang ada bertimbun gelas dan pinggan dalam sink atau bertimbun baju kerja tidak dicuci. saya pulak rasa nak tidur di hotel sebab rumah berkubang.
Contoh 3: Niat saya, kalau student lewat seminit pun saya akan buang je project paper tu dalam tong sampah di hadapan pelajar sendiri. Sambil saya buat muka garang macam berjumpa kembali kekasih yang curang!. Namun bila pelajar buat memik muka sedih dan beri alasan yang agak munasabah, saya berikan la pulak masa boleh hantar hingga pukul 12.30 esok hari. Saya memang tak tegas...kan.
Oleh kerana saya tidak nafikan dalam kehidupan sifat tegas adalah penting. Maka saya selalu sedayanya cuba mendidik diri saya dengan tegas. Kadang-kadang berjaya, tetapi selalunya hancur, he he he. Sebabnya? Saya bukanlah seorang yang tegas.
TEGAS DALAM KELUARGA
Sifat tegas penting dalam alam rumahtangga. Kita juga bertanggungjawab mendidik isteri. Walaupun isteri kita `cukup umur’ tetapi dalam sesuatu perkara mungkin dia perlukan bimbingan kita. Rasanya tidak bolehlah kita lepas bebas mengikut sahaja kemahuannya hanya semata kerana dia lebih berpelajaran, lebih cantik dan seksi.
Sekali begini lepas tu sekali begitu pulak...huh!
Apabila sudah membuat sesuatu keputusan contohnya, tidak bolehlah kita secara tiba-tiba menukar keputusan tersebut di hadapan isteri kita berkali kali, sekejap begitu-sekejap begini. Jika kita selalu berkelakuan begini isteri kita tidak kagumi diri kita dan tidak rasa selamat kerana diri kita tidak tegas dan tidak boleh diharapkan. Lebih teruk dia tidak akan hormati kita. Janganlah pula nanti kita marahkan bini kita kerana dia minat kat Mamat dalam siri CSI, yang tegas, bijak, berwibawa dan sewaktu dengannya.
Saya rasa tidak salah kita menegur isteri kita jika dia tidak mendengar kata atau salah laku. Cuma marah tersebut bukanlah marah macam kita marahkan anak-anak atau anak jiran kita, he he he. Entahlah bab ni kena tanya orang yang dah beristeri macam mana mereka menampakan ketegasan terhadap isteri. Bukan nak menunjuk kuasa tetapi biar isteri rasa dia dilindungi oleh orang yang bukan saja baik tetapi bijak.
Pisahkan tempat tidur...
Ada orang pisahkan tempat tidor sebagai hukuman kepada isteri, nak menampakan ketegasan dan beri hukuman. Biar isteri gersang sikit bila tidor sorang, padam muka!. Tapi saya musykil sebab takut nanti kita yang kembali merangkak masuk bilik untuk dapatkan santapan…he he he. Sedangkan bini kita lega sebab tidur tanpa gangguang, he he he.
Perihal ketegasan ayah saya
Saya selalu ingat kata-kata ayah saya yang segala keputusan beliau mesti diikut oleh anak-anak. Beliau pernah berkata `Kalau ayah kata putih, putihlah kalau ayah kata hitam, hitamlah'. Kata-kata tersebut saya ingati sampai sekarang. Walaupun ayah saya adalah kawan baik saya tetapi ada `kawasan-kawasan' tertentu saya mesti tidak boleh langkauinya...tidak boleh dipersoalkan.
Teringat saya semasa alam persekolahan dulu ayah saya sangat peka terhadap waktu nonton Tv. Contohnya, saya dididik tidak boleh tengok TV sesuka hati. Pernah bila saya dengar bunyi kereta ayah saya masuk pagar rumah...saya merangkak ke TV dan tutup suis TV tersebut, dan saya merangkak lagi masuk ke bilik terus capai buku dan buat-buat serius kononnya cuba menyelesaikan matematik yang sukar...
Dilema seorang ketua isirumah
Seorang bapa itu sebenarnya seorang dilemma yang tidak ada orang yang tahu apabila berhadapan dengan isteri dan anak-anak. Ketegasan yang macam mana diperlukan? Kalau seorang ayah tidak tegas dan terumbang ambing dalam membuat keputusan dan pertauran di dalam rumahnya...adakah nanti si anak akan membesar dengan menghormatinya? Contoh jika si suami selalu beralah dan membiarkan sahaja segala keputusan dibuat oleh si isteri, apakah imej yang terbina di mata anak-anak nanti? Haa...
Bagaimana pula apabila keputusan yang dibuat salah? He he he.
Saya lihat ada anak-anak yang waktu magrib buta pun dok merayau lagi. Lantas saya berkata di dalam hati `kenapa mak bapak mereka gagal pastikan anak mereka pulang ke rumah sebelum magrib? Sedangkan anak itu telah dididiknya semenjak kecil...kena la bertegas daripada kecil.
TEGAS TERHADAP PELAJAR
Dalam menjalankan kerja sebagai pensyarah, saya dapati ketegasan mestilah disulami dengan baik. Kalau terlalu tegas pelajar tidak akan rela mengikuti pelajaran kita dengan sepenuh hati. Kalau terlalu berlembut... alamatnya sepuluh semester pelajar tak akan siap kertas kerja yang kita diberi...he he he. Haaa....
Ketegasan pensyarah saya
Semasa menjadi mahasiswa, saya ditanamkan dengan sifat disiplin yang tinggi. Kalau lewat seminit pun, kertas kerja tersebut tidak akan diterima. Pada masa tersebut saya rasa menyampah juga, ala seminit tak kan nak kira kan?. Sebab tulah tak ada orang nak kat dia, huh cerewet kata saya.
Tak semena-mena saya kaitkan status andertu pensyarah tadi dengan kelewatan saya antar projek paper. Saya memang bangang pada masa tu… bila masa berlalu saya pula jadi pensyarah antertu yang cerewet. He he he.
Pernah juga dihalau macam anjing kurap daripada biliknya sebab tak prepare dulu sebelum tanya soalan. katanya kalau nak tanya pasal bab 3, kena l baca dan faham bab 1 dan bab 2 sebanyak 8 kali!.
SAMA KE TEGAS TERHADAP ANAK-ANAK DAN PELAJAR?
Macam mana kita nak bertegas dengan anak-anak ya? Tak naklah dengan student bukan main tegas tapi bila di rumah tak tegas pun dengan anak-anak. Semua anak buat terima je dengan terbuka. Morden la konon tu...huh! (amboi sedapnya tulis, mentang-mentang la tak ada anak...).
Contohnya 1, pelajar pakai seksi sikit riuh berleter, padahal anak sendiri berpakaian hampir separuh bogel! Huh.
Atau contoh 2: Suruh bini pakai tudung labuh jangan ada bunga atau batu kristel (kalu ada bunga atau kristel berkilau nanti menarik perhatian pulak). Jangan make up (biar muka pucat macam mayat, biar orang pandang pun tak stim), jangan pakai minyak wangi biar bau macam susu bayi atau bawang besar kat dapur, biar, biar dan biar. Tapi kita pulak tak tegas pada diri. Bila nampak perempuan lain tak pakai tudung labuh, bermakeup cantik dan bau wangi. Kita pulak tak dapat kawal nafsu...haaa...buat-buat nak berkenalan, buat-buat tanya pukul berapa? pernah gi zoo negara tak?
Atau contoh 2: Suruh bini pakai tudung labuh jangan ada bunga atau batu kristel (kalu ada bunga atau kristel berkilau nanti menarik perhatian pulak). Jangan make up (biar muka pucat macam mayat, biar orang pandang pun tak stim), jangan pakai minyak wangi biar bau macam susu bayi atau bawang besar kat dapur, biar, biar dan biar. Tapi kita pulak tak tegas pada diri. Bila nampak perempuan lain tak pakai tudung labuh, bermakeup cantik dan bau wangi. Kita pulak tak dapat kawal nafsu...haaa...buat-buat nak berkenalan, buat-buat tanya pukul berapa? pernah gi zoo negara tak?
Memanglah sayang kita terhadap anak tak sama dengan sayang kita terhadap pelajar atau sayang kita kepada kucing jiran. Tapi kena ingat kita ada tanggungjawab bertegas terhadap pelajar sebab dengan duit pelajar tulah suap mulut anak bini kan? Duit pelajar tu walaupun dia orang pinjam dia oranglah yang kena bayar dengan gaji mereka nanti. Nampak tak kaitannya? Haaa...tak boleh biarkan juga pelajar buat silap. Ah dilemanya!
Jan: Mungkin di dalam beberapa perkara diri ini tegas! Cukuplah sekali kau guris hatiku...oh sayangku kau pendusta, dusta-dusta, oh...oh...oooo.
No comments:
Post a Comment