Anak saudara saya Siti Aisyah talipon semalam. Katanya kenapa gambar dia tiada dalam blog saya. Yang ada gambar Azlan (Allan) dan Najib (Nakid) sahaja. Maka saya kenalah posting pasal mereka.
Siti Aisyah berumur 6 tahun, dan Che Mbong (Siti Sarah) berumur 4 tahun. Merekalah yang selalu buat saya gembira bila bertandang ke rumah adik perempun saya di Ulu Yam Baru, Selangor.
Siti Sarah kami panggil dia Che Mbong kerana selalu bercakap tak berhenti-henti. Pernah semasa saya sedang makan bersama emak dan ayahnya hampir tersembur nasi daripada mulut saya bila dia bertanya: '' Iman ni bujang lapok ke? ''.
![]()
Siti Sarah sedang makan nasi, bertudung tapi rambut berjurai-ria...he he he.
Saya sangat sayang kepada anak saudara saya. Saya harap bila mereka besar jadi manusia yang berguna, hormati ibu bapa, rajin baca buku dan tak menipu orang.
Kasih sayang saya terhadap mereka tak dapat saya terangkan dengan ayat-ayat. Dan sememangnya saya tak pandai, hanya tuhan saja yang tahu...
Jan: Terharu bila anak saudara saya yang kat Kuantan kata saya '' uncle yang paling Fun dan menarik...''
No comments:
Post a Comment