Kalau tidak kerana Hasnah Jaafar, tidaklah saya berFacebook. Hasnah kawan baik saya sebelum saya berkenalan dengan Azniza. Kami bersahabat semenjak sekolah rendah ke sekolah menengah, sehinggalah ke U dan sehinggalah kini sibuk dengan dunia masing-masing.
Hasnahlah yang hantar email beritahu dia dah ada Facebook. Seperti biasa saya yang tidak minat teknologi ni tergamang. Apa itu Facebook?. Blog taulah, tu pun Adnan kenalkan...
Maka saya buatlah satu Facebook. Apa salahnya kan. Bukan kena bayar pun. Dan kini sekali sekala saya ada juga buka Facebook. Ada lah kawan-kawan yang saya dapat. Namun paling teruja bila dapat lihat gambar terbaru kawan-kawan lama semasa di U dulu. He he he. Mereka dah banyak berubah dari segi fizikal. Memang ramai tak boleh melawan takdir, bila usia memamah kita, kita kelihatan seperti...
Namun begitu saya dapati Facebook ni lain sangat berbanding blog, dan saya tidak terasa akan adanya hubungan yang erat dengan pembaca. Setakat hai-hai saja, bertanya khabar. Saya tidak pandai sangat dalam berkenalan tapi pakar dalam harungi perpisahan (pulak dah)...
Dalam Facebook saya dapati banyak gambar yang lawa-lawa. Kadang-kadang kalah artis. Tak tahulah bila di luar nampak macam bijik saga je kot. Sebab dalam gambar kadang-kadang lain dari rupa sebenar. Tapi saya akui rupa penting.
Sekarang saya ada kawan-kawan yang saya rasa saya tak maksimakan perkenalan tersebut, bila orang addkan kita...kesian pulah kalau tak diterima kan...? Tulah bila terima sebek pulak.
Saya tidak buka Facebook tiap hari, saya buka blog sahaja untuk menulis jika ada sesuatu yang saya rasa mahu direkodkan. Kadang-kadang saya buka juga blog kawan-kawan. Saya suka baca tulisan mereka, meneliti pemikiran mereka dan tahu apa yang berlaku disekeliling mereka.
Namun saya rasa baguslah kalau kita gunakan teknologi. Cuma janganlah gunakan teknologi ke arah negative, nanti Facebook diharamkan pula...
Jan: Kutelah hancurkan semua negatif gambar yang kupukul bersamanya. Biarlah tinggal kenangan sahaja...dia benar-benar membunuh bahagia.
No comments:
Post a Comment