MENEMPATKAN DIRI MENEMANI
Namun saya cuba gambarkannya melalui tindakan. Tindakan dan perbutan saya yang melambangkan kasih sayang tersebut. Saya cuba menempatkan diri di SEMUA hati anak-anak saudara saya. Saya mahu mereka tahu saya sentiasa ada menemani mereka. Saya mahu memenuhi lompang yang wujud dalam kehidupan mereka atau mungkin satu ruang tambahan dalam hidup mereka.
Berhadapan dengan yang paling sulung saya mesti berkelihatan dengan imej yang hebat. Saya mahu dia bangga pak saudaranya seorang pensyarah. Di hadapan anak saudara yang bertadika pula sudah tentu saya kena buangkan kematangan saya dan jadikan diri bertaraf badut.
Kalau boleh saya nak suka kan hati semua orang, terutama keluarga saya... saya rasa itu satu matlamat yang mulia. Kalau boleh saya nak kerap balik ke Besut dan kerap bertandang ke Ulu Yam Selangor. Saya nak bersama mereka, menemani mereka kalau boleh sekali gus. Saya mahu berlaku adil... SAYA TAK KISAH...
Pada masa tersebut saya tak akan berkecil hati, saya tak kisah dengan kata-kata mereka, sebab saya hanya melaksanakan tanggungjawab saya. Yang penting mereka ada pelajaran dan hidup tidak susah. Tak ingat ke saya pun tak apa... tak pernah saya berniat nak tumpang mereka, adik beradik atau sesiapa pun di dunia ini...
Saya tidak akan berkecil hati kerena ''Kalau kita sayang kat orang kita tidak perlukan sebab apatah lagi balasan...''
Ada yang mengatakan saya melebihkan anak-anak saudara saya yang tinggal di Besut, iaitu Najihah, Najib dan Syafiq. Saya tidak mahu komen, seperti biasa saya lakukan apa yang saya rasa terbaik... yang saya yakin betul.
Saya jadi lebih rungsing bila sesuatu terjadi kepada tiga beradik ini kerana mereka tidak dibesarkan oleh ibubapanya secara bersama. Memang saya tak berada dengan mereka 24 jam, dan banyak perkara saya tak dapat tolong...tapi hati saya selalu rungsing kerana kasih dan sayang yang ada dalam dada, orang tak tahu. Apabila Najib terkena mercun sedangkan esok exam UPSR, saya menangis depan mak saya [yang berkebetulan ada di Muadzam (Paris)]. Saya fikir tentulah sukar seorang ibu membesarkan tiga anak seorang diri...nak pantau 24 jam.
Najihah, anak saudara pertama saya. Saya selalu juga basuh berak dia masa dia kecil. Dia suka berak dekat almari, makan kucing pulak. Saya juga selalu mandikan dia. Masa tu tingginya nak sama dengan baldi. Saya masih ingat dia berdiri dan pegang tepi baldi dengan kuat takut jatuh. Saya sabunkannya dan mandikannya dengan penuh gembira...
Syafik
Ini pula Syafik, paling bongsu dan paling rapat dengan ibunya. Sifat dia juga ada mirip saya iaitu pandai sesuaikan diri secara berlainan bila berada dengan orang yang berlainan. Kini dia giat dengan basikalnya, dia pandai baiki basikal (walaupun basikal itu tidak rosak). Satu lagi dia suka ngerap dengan maknya 24 jam.
SESEKALI BALIK KAMPUNG
Sesekali saya balik kampung saya selalu jumpa Najihah, Najib dan Syafiq. Biasanya mereka dah menunggu di rumah opahnya (mak saya) bila mereka tahu saya akan pulang. Kalau berpeluang saya akan bawa mereka berjalan. Saya nak gembirakan mereka. Selalunya saya cerita hantu, namun saya kena cari topik lain kerana mereka dah mula membesar...
2 comments:
Anak2 itu adalah anugerah. Maka jika kita tidak menjaganya, bererti kita tidak menghargai, tidak bersyukur malah tidak bertaggugjawab dgn anugerah tersebut.
Mate, w/pun mung xde anak sendiri, tapi apa yang mung lakukan sekarang ini adalah sesatu yg HEBAT. Pasti ramai yang akan menghargai pengorbanan mung ini.Didiklah mereka sebaiknya, tapi jangan manjakan mereka. Semoga mereka cepat dan pandai berdikari, kerana dunia skrg ini penuh dgn tipudaya, mencabar dan banyak kepalsuan.
entahlah mate tapi thanks mate...
ya tipudaya dan kepalsuan yang berwarna warni...
Post a Comment