HARI ini merupakan hari pelik saya, setengah daripada hari ini saya sangat sedih dan setengah kemudiannyanya saya amat gembira. Saya terus sms kawan baik saya Azniza beritahu perasaan saya, begitulah gelagat saya bila saya sedih atau gembira, saya sms dia... (tapi sekarang waktu pejabat je, he he he).
Sedih sebab selama sebulan rumah saya bising ada mak dan ada anak-anak saudara tetapi kini rumah saya kembali sunyi sepi... Mak ada best, mak masak sedap, badan saya dah naik 4 kg selama sebulan, tahniah kepada mak, takziah kepada diri, hehehe.
Dan Adik perempuan saya juga kembali ke Ulu Yam, namun dia sempat siap perap ayam dengan rempah penuh peti untuk abangnya. Dia beli 2 ekor ayam dan buat rempah perap untuk saya goreng kalau nak makan.
Sebenarnya pagi tadi `penerbangan' terakhir adik saya daripada `Kotaraya Paris' (Muadzam). Saya rasa sebahagian daripada diri saya turut terbang bersama... Masa bersalam dengannya, saya tak berani nak pandang muka nak tentang mata.... sebab saya bimbang jadi drama swasta pulak, he he he. Suaminya ada sebelah. Kalau adik saya andertu tentu kami saling berpelukan sambil berlinangan air mata...he he he.
Selepas adik perempuan saya dan suaminya dan anak-anaknya berlepas, saya terus pandu kereta sambil layan lagu Anita Sarawak yang bertajuk `Tiada lagi kutangisi'...
Sampai di kampus saya terus kemas bilik dan tengaharinya saya terima berita daripada adik ipar saya, anaknya dapat 9A.
Sebenarnya daripada kelmarin dah hati saya gusar, saya bimbang sebab Najihah ini selalu suka tidor. Dulu masa UPSR Najihah cuma dapat 4A 1B, saya seperti biasa kecewa tapi buat-buat gembira. Bukan apa saya nak dia masuk MRSM kalau dia dapat 5A, he he he.
Saya rasa Najihah seorang yang kuat hati dan tabah. Dalam `peperangan' hebat ibubapanya dia tetap dapat 4A 1B. Dan setelah ibubapanya berpisah dia teruskan perjuangan dan akhirnya dapat 9A...
Saya ada sekeping gambar yang saya akan simpan sampai Najihah kawin. Gambar keluarganya yang dipukul semasa hari raya. Dalam gambar tu mereka 5 beranak. Saya janji pada diri nanti dia besar bila dia nak kahwin saya akan framekan dan hadiahkan padanya. Biar dia tengok gambar tersebut... ada maknya dan ayahnya, teruk saya kan he he he. Tapi saya berniat baik...

Tahniah kakak, Simone sangat berbesar hati...
Gambar di atas menunjukan gambar anak saudara saya yang sulung. Daripada gambar tersebut dia kelihatan senyum sedikit je. Saya kesian kepada dia sebab... Saya tak boleh menulis lagi... saya sebak... Berhenti sekejap ya.
Ok, saya sambung semula. Tadi saya baiki mood, dengar lagu `Seiring sejalan' Datuk Sharifah Aini dan Bloery Marantika. Barulah saya boleh menulis semula... Saya kesian dia sebab perpisahan ibubapa tentulah memberikan kesan psikologi kepadanya...
Namun begitu kita tidak boleh selalu memandang ke belakang kan, kita kena bangun dan pandang dunia yang luas... Saya rasa dia bangun dan pandang dunia yang luas.
Jan: Aku ingin bangun, aku ingin pandang dunia yang luas...tapi kakiku terikat dengan besi kenangan...

4 comments:
Gelora jiwa remaja, nampak jer kecik, tapi mereka faham. Kena selalu berkomunkasi, lagi bagus kalau dia boleh rasa kita ni macam sahabat dia. Mate, mung ada kepakaran itu untuk memimpin mereka.
aku nak cuba sediakan pengalaman kanak-kanak dan remaja yang gembira buat mereka...
Bila gembira akan selalu positif, bila positif...mudah-mudahan jadi bijak.
Tapi mung kene bersedia untuk menghadapi kesdihan. Takut mereka tidak mampu menghadapinya kala sesuatu yang buruk dtg menimpa...
ya mate, insyallah...
Post a Comment