Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, July 8, 2011

Dubar (Istana raja)



Tanggal 13 Julai 1897, adalah tarikh perjumpaan pertama yang hanya melibatkan raja-raja Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikenali sebagai Majlis Raja-Raja Melayu. Perjumpaan ini diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar, Perak. Meskipun ketika itu Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ini dipanggil ‘Durbar’, yang diambil daripada perkataan Urdu-Parsi (Darbar membawa maksud istana raja), ia juga membawa maksud perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan, ataupun Gabenor atau Wizurai British di India. Apa jua maksudnya, matlamat dan hasil kesan dari Durbar itu, membawa seterusnya kepada pembentukan negara kita Malaysia.

Durbar pertama berlangsung selama empat hari dan dihadiri oleh Sultan Idris Murshidul’adzam Shah dari Perak, Sultan Ahmad dari Pahang, Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri Sembilan. Manakala pihak British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan tidak mempunyai wakil dari pihak British kerana Residen ketika itu, Martin Lister meninggal dunia pada bulan Februari 1897.

Walaupun perkara-perkara yang dibincangkan dalam Durbar yang pertama itu hanya melibatkan agama Islam, adat istiadat dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan orang Melayu, namun ianya merupakan titik tolak dan asas bermulanya persidangan Majlis Raja-Raja. Untuk makluman, gambar sultan-sultan, pembesar-pembesar negeri dan pegawai-pegawai British yang menghadiri Durbar pertama serta minit mesyuarat Durbar pertama disimpan sebagai khazanah eksklusif negara dan terbuka untuk rujukan semua di Arkib Negara Malaysia.

Laki kita...laki orang...



" Suka jugak saya memasak, kadang-kadang suami saya masuk dapur membantu. Dia pandai memasak" Kata Puan Kamarian yang suaminya dulu ada cita-cita nak jadi Chef Wan.
" Suami saya pun suka bantu saya memasak". Jawan puan Asam Jawa, wal hal suaminya haram pun tak masuk dapur. Tau-tau nak semua makanan terhidang atas meja. Tapi terpaksa jugak beri respon sebab kawan-kawan semua cakap pasal suami suka menolong (macam cerita pertandingan laki sapa pulak yang paling rajin, he he he. Huh!).


XXXXXXXX


Saya tak ada laki. Kawan-kawan lelaki saya semuanya tidak pernah ada laki. Cuma kawan-kawan perempuan saya ada yang ada laki, tak ada laki dan pernah ada laki (janda). Saya pun tak pernah langsung membandingkan laki-laki kawan saya. Sekalipun tak pernah. Saya tak ada masa, banyak perkara lain yang nak dibuat. He he he.
Kadang-kadang kalau kita tengok laki orang, kita rasa benar kita dieksploitasikan sepenuhnya. Kalau kita tengok bini orang lain, beruntung benar mereka berbanding kita yang kerja siang malam ni. Pagi bangun pagi buat makanan, kemas rumah lipat kain malam nak `beraksi' lagi. He he he.
Orang lain gi kerja laki antar, balik laki ambik. Kalau nak gi shopping laki tunggu!. Kita?. Kita ni gi kerja gi sendiri, balik kerja tumpang kawan. Kalau gi shopping haram nak tunggu. Siap awal-awal beritahu gi sendiri...
Saya tak tahu adakah perempuan giat jugak membandingkan laki mereka dengan laki kawan-kawan mereka. Atau mereka tak kisah? Dan kalau `terlepas' baru meraung? He he. Tapi pasti ada kan? Tetapi perempuan taklah bandingkan kehenseman semata, mereka lebih minat melihat kepada karisma dan tanggungjawab. Dua perkara yang semakin lelaki tak ada, he he he. jangan marah.



Jan: Pun begitu, bersyukurlah ada laki... (bagi yang ada laki yang baik, jangan marah. He he he)

Thursday, July 7, 2011

Aishwarya Rai - Sexy



" Sexy in India is not considered positive. But, with today's crop of fresh faces in the modeling arena, being sexy is an asset."

- Aishwarya Rai

Pantun Lynas Coopration




Di atas lori banyak bertan-tan,

Bahan nadir menjadi barangan;

Dari Gebeng terbocor ke Kuantan,

Singgah di Cherating sebelum ke Kemaman...( he he he)




Dalam DVD, ada kisah Erin Brockovich (2000) lakonan Julia Robot ada menunjukan loji nuklear tersebut dibina jauh juga daripada penempatan penduduk. Malah syarikat tersebut sudi membeli tanah dengan harga yang mahal supaya penduduk berpindah supaya teradiasi jangan. Namun sisa toksid yang ditanam di dalam tanah telah meresap masuk ke dalam air, terbias juga kesan sampingannya sehingga kepada terjadinya keguguran dan juga terpaksa buang rahim penduduk sekitarnya. Yang lelakinya tak tahulah kena buang telor ke tak? he he he... Eeee.
Saya tak tahu berapa jarak standarnya, ada kawan saya kata dalam lingkungan 25Km mesti jauh dari kediaman manusia, dalam internate pula katannya kerajaan Australia menetapkan jauh mesti lebih daripada 35 kilometer dari penempatan penduduk.
Kalau kita lihat lokasi kilang Lynas di Gebeng terlalu dekat dengan penempatan manusia. Kalau tak silap jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari Balok. Balok pulak dah ramai penduduknya berbanding dulu di mana sepuluh tahun dulu (semasa saya berhijrah ke Pahang akibat putus harap dalam hidup konon nak hijrah mula hidup baru di tempat orang).
Tetapi posting ni bukannya menjawab sebab apa penghijrahan saya ke Pahang tetapi pasal kalau berlaku kebocoran. Kalau kita lihat kes kebocoran di loji Furoshima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif tersebut akan meresap masuk dalam tanah, udara dan air akan melibatkan keseluruhan penduduk di kawasan Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. (Sabar Uncle Joe...)
Maka banyak lokasi dan melibatkan ramai orang (Kuantan sahaja penduduknya lebih dari setengah juta orang). Nampaknya ada rasional juga kebimbangan penduduk terutama di Balok dan Kuantan.
Walaupun kilang tersebut sebenarnya bukan sebuah kilang loji nuklear tetapi (hanya kilang memproses bahan yang katanya mempunyai kadar radioaktif yang minima) ia tetap membuatkan ramai pihak meraguinya.
Jan: Cuba berfikir positif tetapi hati kecil kecut juga...

Bini kita...bini orang...





" Mang, yang pakai baju kurung hijau bertudung labuh tadi sapa? " Tanya kawan saya.

" Tu la kalau nak kenal bini Dr Maarof Saad Suduku (nama samaran jea) " Jawab saya.

" Lawa bini dia..., Mang nak kahwin nanti cari la yang lawa macam tu, he he he" . Kata kawan saya, mungkin nak buat jenaka. Tapi dia terus serius bila saya buat muka menyampah. Jangan la kerena bini dia tak lawa saya pulak kena kahwin dengan perempuan lawa. Apa ke hal?





XXXXXXXXX:





Saya tidak ada bini. Dan saya tak pernah ada bini. Kawan saya ada yang ada bini, ada yang tak ada bini, dan ada yang pernah ada bini (kini duda). Ada kawan saya tu dia ada bini-bini, he he he.


Jadi saya tak tahu nak bandingkan bini saya dengan bini orang. Cuma saya pernah bandingkan bini-bini kawan-kawan saya. Ada yang cantik di mata saya, ada yang perilaku sangat sopan, ada yang peramah ada yang macam mayat hidup. Bukannya saya tak ada kerja lain tetapi gitu jea ilham datang, he he he. Jangan marah.

Namun saya tahu sangat ada ketikanya tercetus dalam hati seorang suami secara tidak langsung/atau langsung? membuat perbandingan antara bini orang dengan bininya. Bukan buat-buat ni, ianya tercetus tus-tus-tus, konon. he he he.


Apa yang mereka banding yea? Keikhlasan? pandai masak? cergas? Saya rasa tak..., saya rasa perbandingan selalunya dari segi perilaku lemah lembut dan kecantikan. Memang lelaki sekasar manapun mereka (walau macam Hulk/Transfomer), mereka akan suka bini mereka perilaku lemah lembut. Dan walaupun muka mereka `4 sepuluh' (konsep ini rujuk kepada barang yang murah di mana dengan RM10 kita dapat memiliki sebanyak 4 kuantiti yang tak berkualiti) mereka tetap nak bini lawa, kalau boleh macam ratu (walaupun muka mereka macam rotan). He he he, jangan marah.

Saya beritahu kawan saya yang bininya taklah cantik mana, biasa-biasa saja. Pada masa tersebut kami berkereta menuju Giant. Kemudiannya untuk menutralkan keadaan saya beritahu lagi " Mata mung je hok tengok comel" ( translate = "Kecantikan tersebut mungkin di mata awak sahaja").


Kami sudah berkawan sejak sekolah menengah, kalau saya komen apa saja (saya pernah komen saiz kemaluan dia masa kami mandi bogel di parit, di kampung dulu) dia tidak cepat berasa hati. Dia ada darah kacukan Cina.


" Orang perempuan ni tuhan jadikan cantik. Kalau lama-lama kita tengok mereka ada bahagian-bahagian (rupa paras) yang cantik. Hidung ke, mata ke, telinga ke. Tak macam lelaki, kalau dah hodoh, memang hodoh betul." Saya buat-buat tergelak. Dan saya tahu yang dia tahu saya buat-buat tergelak...he he he.


"Cuba mung wi contoh puang cantik, hok mung kelih?" (translate= " Cuba berikan contoh perempuan yang cantik pada pandangan matamu?". Tiba-tiba kawan saya tanya.

jan: Saya tergamangan... (translate= tergaman/terkedu), saya teringat Rania Abdullah... saya tahu dia bini orang, anak 3 atau 4 dah... tetapi dia cantik pada pandangan saya.

Wednesday, July 6, 2011

Kisah Karam Singh Waria





Hujung minggu lalu saya bertandang lagi ke rumah kakak. Saya dah janji dengan Mantoya dan Monalito (anak-anak saudara saya) yang saya akan bermalam di sana dan lepak-lepak nonton DVD. Rumah kakak saya ni di Damansara Kuantan ini lebih kurang 10 kilometer daripada Gebeng...

Bila bertandang ke rumah kakak, saya tak dapat lari daripada memikirkan isu Lynas ni. Semasa berendam macam badak dalam kolam, saya terfikir pulak pasal Karam Singh Waria yang beria benar pulak dah menyokong projek tersebut.

Kebanyakan orang yang saya jumpa membantah dan beri komen yang negatif pasal projek Lynas. Majoriti membantah (pihak pro atau kontra kerajaan). Memanglah saya tengok isi berita mengenai Aduan Rakyat di TV3, betapa Karam Singh Waria bersungguh mempertahankan projek tersebut. Namun segmen dan paparan tersebut masih gagal memadamkan rasa ngeri saya yang zero knowledge pasal nuklear dan terhadap kilang tersebut. Saya ngeri (pengaruh DVD kot).

Saya tak sangka betul Karam Singh Waria tidak menjadi `pengadu' mewakili warga Kuantan. Kan biasanya dialah tukang mengadu dalam usaha pihak kerajaan selesaikan masalah rakyat. Saya tak berniat salahkan beliau sebab mungkin beliau sudah dapat informasi yang lebih tepat berbanding kita yang kosong pengetahuan dalam bidang ni. Namun kita tak boleh juga halang individu yang berfikir bahawa adanya berkemungkinan pihak kerajaan negeri sudah mempengaruhi/mem`basuh' beliau untuk berbuat begitu (dengan menggunakan media massa). Kalaupun begitu segmen tersebut masih perlu diperkemaskan lagi supaya hati rakyat benar-benar dapat diyakini dengan konkrit. Bukan buat ala-ala gitu jea.

Segmen tersebut sepatutnya lebih saintifik sebab ini isu sains dan alam sekitar, jagat raya kita. Dan temubual orang yang lebih profesional dalam bidang ini. Kalau boleh insan yang tak ada kena mengena pun dengan adanya kemungkinan di mana rakyat berfikit dianya (yang ditemubual) akan dapat kepentingan. Tak payahlah guna Menteri Besar atau sewaktu dengannya.

Carilah profesionalisma dalam bidang/organisasi seperti pencinta alam sekitar, haiwan flora dan fauna, cakerawala, bulan dan bintang (temubual ketua organisasi/kelab tersebut), dan doktor pakar nuklear (kalau boleh ambik yang luar negara sebab orang kita ni kalau bab-bab yang luar negera bukan main lagi percaya terus gitu, he he he), atau carilah pensyarah tempatan yang ada ilmu dalam bidang fizik dan kajian bahan nadir (bahan nadir tu apa yea?, he he he. Pandai tulis je ni...) yang mewakili/menjunjung wibawa universiti mereka dalam buat statemeng akademik. Tok gitu?

Lepas tu kalau boleh yang hendak ditemubual tu mestilah menggunakan konsep 1Malaysia. Temubual jualah orang India dan Cina, bukan Melayu sahaja. Bukan temubual yang kononnya semua setuju dengan projek ni. Tak munasabah langsung. Nampak sangat...

Jan: Siapa nak beli rumah di kawasan perumahan di Gebeng? Sila angkat tangan. He he he.

Tuesday, July 5, 2011

`King' dan `Kuing'

Memang betul raja hanya sehari? Lepas tu hamba?



Minggu ini saya rasa tidak nyaman sebab rumahtangga seorang kawan baik saya golak bergelora. Memang minggu ini saya sepatutnya banyak menulis mengenai pokok Brazilian Ironwood (yang sangat cantik jika dijadikan langskap kat rumah kita). Namun hati saya tawar untuk terus menulis pasal pokok tu (sebab saya perihatin).

Sesekali saya teringatkan nasib kawan dan isterinya. Tak naklah saya dok gembira sakan (sebab mak datang) sedangkan kawan baik kita dok menjeruk rasa... Saya hairan suami isteri baik ada masalah juga ke?

Suaminya (kawan baik saya) ada juga sms saya tetapi tidaklah banyak bercerita hal rumahtangganya, cuma dia kata ada masalah. Sedikit pun dia tak burukan isterinya, malah puji ada lea. Dasar lelaki begitu kot. Semuanya disimpan dalam hati. Atau ego? Entah.

Namun isterinya banyak bercerita dan saya rasa sangat kesian. Saya rasa isterinya sudah banyak berkorban. Isterinya beritahu kalau keadaan sudah tidak tertanggung, dia akan tuntut fasakh. Dia sms saya menyatakan dia sudah pergi ke pejabat agama pun, mengadu...( ya lah tak kan nak pergi jual Avon atau Cosway pulak).

Saya serba salah. Dua-dua pihak saya kesian. Saya tak menyokong mana-mana pihak sebab ni bukan perlawanan bola sepak. Saya kenal kawan saya sejak bangku sekolah menengah, pernah kami bersama mandi bogel kat tali air masa kecil dulu (tingkatan 4). Dia bukanlah seorang lelaki hidung belang apatah lagi buaya darat (selisih mailaikat 41).

Isunya bukan si suami curang... jauh panggang daripada ayam yang telah diperap dengan rempah. Atau kata orang Terengganu jauh keropok dari sos.

Saya pula bukanlah penasihat yang baik sebab motto saya daripada sengsara berdua baiklah sengsara seorang-sorang, he he he.

Jauh di lubuk danau hati kecil saya. Di gigi kolam hati yang punah ranah ini (pulak dah), saya tetap berharap mereka bersatu dan menempuh segala rintangan. Kerana, kerana bukan semua orang bernasib baik dan licin jea sepanjang jalan rumahtangga. Ada kapal yang tak henti dilanda badai tetapi tidak karam sebab mereka ada kasih sayang yang besar...

Jan: Ramai pasangan dapat bertahan kerana ada kasih dan sayang... Adakah lagi kasih sayang? He he he.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home